Terkini | DagangNews Skip to main content

AmInvestment kekal saranan 'beli' terhadap Yinson susulan lanjutan kontrak FPSO Adoon

KUALA LUMPUR 21 Okt - AmInvestment Bank Research mengekalkan saranan 'beli' terhadap Yinson Holdings Berhad dengan harga wajar (FV) RM3.61 terutama seepas mendapat lanjutan kontrak sementara bernilai RM16.04 juta untuk kemudahan pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) Ado

Deepavali: 1.9 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya PLUS

KUALA LUMPUR 21 Okt - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 1.9 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kendaliannya  sempena perayaan Deepavali dan cuti tambahan persekolahan bermula hari ini hingga 26 Oktober ini.

 

Keuntungan teras bersih 3QFY22 Digi selaras dengan unjuran penuh konsensus HLIB

KUALA LUMPUR 21 Okt - Keuntungan teras bersih 3QFY22 Digi.com Berhad sebanyak RM276 juta menjadikan untung teras bersih 9MFY22 kepada RM826 juta masing-masing menyumbang 71% dan 81% daripada unjuran penuh konsensus Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

 

Malakoff sasar tingkatkan kapasiti RE kepada 1,400MW menjelang FY31

KUALA LUMPUR 21 Okt - Malakoff Corp. Bhd. menyasarkan untuk meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui kepada 1,000MW dalam tempoh empat tahun lagi berbanding 40MW ketika ini, menurut AmInvestment Bank. 

 

Kadar inflasi Malaysia 4.5% pada September berbanding 4.7% pada Ogos

PUTRAJAYA 21 Okt - Kadar inflasi Malaysia pada September 2022 mencatat 4.5%, iaitu lebih rendah berbanding 4.7% pada Ogos 2022, menurut data terbaharu Jabatan Perangkaan (DoSM). 

 

Harga kopi dunia dijangka menjadi lebih murah apabila tanaman bertambah

HANOI: Vietnam, penanam varieti robusta terbesar di dunia yang digunakan dalam kopi segera dan espreso, sedang menuju ke penanaman yang lebih besar musim ini, menambah bekalan global dan meningkatkan tekanan ke atas harga, yang telah menurun lebih 10% dalam tempoh dua bulan lalu.

Master Tec Wire, Tenaga Cable Industries bekerjasama bekal kabel voltan rendah bernilai RM12 juta

KUALA LUMPUR 21 Okt - Master Tec Wire & Cable Sdn. Bhd. menjalinkan kerjasama dengan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tenaga Cable Industries Sdn. Bhd. bagi membekalkan kabel kuasa voltan rendah bernilai RM12 juta.

 

Entiti tanpa 'hubungan politik' jadikan dagangan Bursa Malaysia rancak dengan sentimen PRU15

KUALA LUMPUR 21 Okt - Bursa Malaysia Bhd. dijangka terus meraih manfaat daripada 'kerancakan' pasaran yang disuntik sentimen pilihan raya umum ke-15 (PRU) terutama menjelang hari pengudian pada 19 November ini di sebalik tekanan ketidaktentuan luaran. 

 

CGS-CIMB ujur peningkatan untung teras bersih HPP Holdings sebanyak 63%

KUALA LUMPUR 21 Okt - CGS-CIMB Research mengujurkan peningkatan utung teras bersih (CNP) HPP Holdings Berhad sebanyak 63% pada FY23 selepas menyemak naik margin teras kasar daripada 2.5% kepada 28.5%.

 

Kontrak daripada Petronas Carigali kekalkan pendapatan Dayang sehingga akhir 2023 - RHB Research

KUALA LUMPUR 21 Okt - RHB Research positif terhadap lanjutan kontrak Dayang Enterprise Holdings Bhd daripada Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB) yang dijangka memastikan kemampanan aliran kerja sehingga akhir 2023.

 

Subscribe to Terkini