KUALA LUMPUR 13 Mei - Citadel Group melantik tiga wanita untuk menyandang jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi mengetuai anak-anak syarikatnya sebagai langkah berani ke arah kepelbagaian dan inovasi dalam bidang pengurusan kekayaan.
Kumpulan itu dalam satu kenyataan berkata, Datin Emily Chow Ping Li yang memiliki pengalaman lebih dua dekad dalam bidang pengurusan dan jualan dilantik sebagai CEO Citadel Technologies.
Katanya, beliau memiliki rekod prestasi cemerlang termasuk kejayaan dalam sektor perbankan dan kewangan dengan tumpuan kepada penjualan rumusan serta pengurusan risiko.
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7368421816831905040.jpg?itok=sZK5mtUM","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7368421816831905040?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7254837072970827265","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}
"Pengalamannya yang luas akan memacu Citadel Technologies ke tahap kejayaan baharu, mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu dalam landskap teknologi kewangan," katanya.
Kumpulan itu berkata, Zawiyah@Norazlina (Zac) Mohd Ashari dilantik sebagai CEO Citadel Wealth Partners (CWP) dan memiliki pengalaman selama 32 tahun dalam bidang jualan korporat dan pengurusan kekayaan.
"Beliau dikenali dengan kepimpinan strategiknya dan keupayaan dalam memacu pertumbuhan hasil elain daripada mengurus portfolio bernilai tinggi," katanya.
Sementara itu, Dr. Rajna R. Anthony dilantik sebagai CEO Citadel Elite Academy dengan Ijazah Kedoktoran Ph.D. dalam bidang Ekonomi & Pengurusan Keluarga dari Universiti Putra Malaysia (UPM).
Kekuatan akademik dan pengalaman keusahawanan ditambah dengan perkhidmatan sebelum ini akan membimbing fokus akademi terhadap celik kewangan dan pelaburan yang bertanggungjawab.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Datuk Jeff Medina berkata, langkah itu mencerminkan komitmen kumpulan dalam memupuk budaya inklusif dan menerima kepelbagaian ketika ia berkembang secara global.
Katanya, adalah penting untuk kumpulan itu memiliki pasukan pemimpin yang pelbagai dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan, bermula daripada gergasi korporat kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
"Dalam landskap teknologi kewangan yang semakin berkembang, pendekatan Emily yang celik teknologi, kepintaran pengurusan kekayaan Zac dan komitmen Dr Rajna terhadap pendidikan kewangan dan impak sosial akan memacu visi kami ke hadapan," katanya. - DagangNews.com
{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/NJtaKgtFkTE.jpg?itok=Pew-Ea_k","video_url":"https://youtu.be/NJtaKgtFkTE","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}