4 manfaat kesihatan menerusi sukan mendaki dan bersenam di luar | DagangNews Skip to main content

4 manfaat kesihatan menerusi sukan mendaki dan bersenam di luar

Oleh Dr. David Heber – Pengerusi, Institut Herbalife

DUNIA kita telah berubah secara drastik sejak pandemik. Bekerja dari rumah telah menjadi norma baharu bagi ramai orang dan media sosial, e-mel dan kesibukan memenuhi tuntutan hidup seharian menyebabkan kita lebih tertekan.

 

Membebaskan diri daripada teknologi dan menghubungkan semula diri kita dengan keindahan alam pada hakikatnya boleh memulihkan tenaga minda.

 

Mendaki di tengah-tengah keindahan alam ialah cara yang sihat untuk menghirup udara segar, lebih-lebih lagi di Malaysia yang mempunyai banyak laluan mendaki yang boleh dijelajahi.

 

Beberapa kajian mendapati bahawa terdapat manfaat sebenar keluar rumah dan berjalan menyusuri denai untuk kesihatan secara umumnya.


 

Dr. David Heber
                      Dr. David Heber

 


Berikut adalah 4 manfaat berjalan mendaki terhadap kesihatan anda:

 

1. Membina Kepadatan Tulang

Mendaki adalah sejenis senaman yang memikul beban, bermaksud tulang dan otot anda bekerja lebih keras menentang graviti. Pergerakan seperti ini membantu badan anda membina atau mengekalkan kepadatan tulang, yang sangat penting apabila usia kita meningkat.

 

Kajian mendapati kepadatan tulang merosot kira-kira satu peratus setahun selepas usia 40 tahun. Aktiviti mendaki boleh memberikan kesan positif untuk menangani masalah ini.

 

Piramid Aktiviti Fizikal Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengesyorkan senaman fizikal 30 minit sehari, seperti berjalan kaki pantas dan mendaki, 5 hingga 6 kali seminggu.

 

Sebagai bonus tambahan, aktiviti mendaki memberi anda dos Vitamin D daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium, yang kita perlukan untuk kesihatan tulang.

 

2. Meningkatkan Kualiti Tidur

Mendaki sambil mendekati alam bukan sahaja mendorong anda tidur sebentar untuk pulih selepas penat berjalan, tetapi kajian terbaharu mendapati aktiviti ini juga boleh meningkatkan kualiti tidur secara keseluruhan.

 

Dalam satu kajian pada 2017 yang diterbitkan dalam Current Biology, penyelidik daripada Universiti Colorado Boulder Kenneth Wright mengukur kitaran tidur subjek sebelum dan semasa aktiviti perkhemahan hujung minggu.

 

Dalam aktiviti tersebut, apabila peserta terdedah kepada cahaya semula jadi sahaja (bukan elektronik), paras melatonin mereka meningkat, dan jam dalaman mereka berganjak lebih awal.

 

Kajian mendapati berada dalam persekitaran semula jadi membantu kita beralih kepada kitaran tidur yang semula
jadi.


 

parafrasa

 


3. Meningkatkan Kebahagiaan

Senaman fizikal menggalakkan pembebasan endorfin, bahan kimia dalam otak yang mencetus perasaan positif. Bagaimanapun aktiviti mendaki boleh menceriakan perasaan kita lebih daripada berjalan kaki biasa mengelilingi taman perumahan.

 

Penyelidik Universiti Stanford Gregory Bratman telah membuat kajian yang menugaskan 60 orang kepada kumpulan yang berjalan kaki selama 50 minit di sekitar kawasan hutan kecil atau kumpulan yang berjalan kaki di atas jalan berturap.

 

Hasil penyelidikan mendapati mereka yang berjalan kaki dalam persekitaran semula jadi mengalami kurang keresahan dan tidak berfikir secara berlebihan, dan juga emosi yang lebih positif berbanding pejalan kaki di sekitar kawasan bandar.


Anda mahu menambah keceriaan semasa bersenam? Ajaklah seorang dua kawan untuk mendaki bersama anda. Interaksi sosial, terutamanya dengan insan yang rapat dengan anda, adalah ramuan penting untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan.

 

4. Mengatasi Kemurungan

Vitamin D daripada cahaya semula jadi di luar yang amat penting untuk kesihatan tulang juga membantu menentang kemurungan. Menurut satu tinjauan kritikal terhadap 61 kajian, terdapat hubung kait antara kemurungan dan kekurangan Vitamin D.


 

parafrasa

 


Mereka yang mempunyai tahap Vitamin D paling rendah mempunyai risiko kemurungan paling tinggi. Malah mereka yang mengalami kemurungan mempunyai paras Vitamin D yang lebih rendah.

 

Gejala kekurangan Vitamin D termasuk:

• Kelesuan
• Kerap jatuh sakit
• Penyembuhan luka yang perlahan dan/atau kesakitan otot
• Kemurungan

 

Peserta kurang mengalami gejala kemurungan selepas menerima rawatan bagi kekurangan Vitamin D.

 

Dalam satu lagi kajian, para penyelidik Stanford mendapati bahawa mereka yang berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam semula jadi selama 90 minit mencatatkan peningkatan aktiviti korteks prafrontal subgenual, iaitu bahagian otak yang dikaitkan dengan kemurungan dan keresahan apabila tidak diaktifkan.

 

Kajian mendapati aktiviti mendaki memberikan kesan positif terhadap perasaan atau mood kita.


 

parafrasa

 


Mengapa Kita Patut Mendaki Bersama Rakan-Rakan: Peranan Sokongan Sosial

Senaman memang diketahui mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan mental, tetapi satu kajian baru-baru ini mendapati kesan positif menyertai satu kumpulan untuk bersenam untuk mencapai matlamat anda.

 

Pertubuhan National Institutes of Health telah menemui pelbagai kajian yang menghubungkaitkan manfaat sokongan sosial dengan kesihatan dan kesejahteraan.

 

Mendaki alam semula jadi secara berkala bukan sahaja menguatkan jantung, paru-paru dan otot, tetapi juga minda kita. Malah berjalan bersama rakan-rakan juga membawa pelbagai manfaat.

 

Sekiranya anda sampai ke puncak bukit atau destinasi yang ditujui, berhenti seketika untuk menikmati pemandangan dan menghayati segala usaha anda untuk meningkatkan kesihatan dan kebahagiaan anda. - DagangNews.com