5 bilik gerakan SPRM dibuka bagi mengekang perbuatan rasuah semasa kempen PRN Sarawak | DagangNews Skip to main content

5 bilik gerakan SPRM dibuka bagi mengekang perbuatan rasuah semasa kempen PRN Sarawak

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 6 Dis - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan lima bilik gerakan yang beroperasi selama 24 jam sehari di seluruh Sarawak bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

 

SPRM dalam satu keyataan memberitahu, bilik gerakan yang beroperasi sepanjang tempoh kempen PRN itu dibuka bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang kempen berkenaan.

 

"Orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa menerusi emel kepada ke alamat prnsarawak@sprm.gov.my.," katanya.

 

Bilik gerakan berkenaan beroperasi di Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Lot 3894, Jalan Laksamana Cheng Ho, Peti Surat 6000, 93350 Kuching boleh dihubungi melalui talian 082-467703 sambungan 119 dan 116.

 

Selain itu, Pejabat SPRM Cawangan Sibu di Blok 3, Tingkat 7, Wisma Persekutuan, Jalan Persiaran Brooke, Peti Surat 6000, 96008 Sibu (084-311982/084-321982) serta SPRM Cawangan Miri di Tingkat 2, Blok A, Fasa 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Cahaya Lopeng, Peti Surat 6000, 98008 Miri (085-415 404/085-439 710).

 

Dua lagi adalah di Pejabat SPRM Cawangan Bintulu di Tingkat 2, Wisma Persekutuan Fasa II, Jalan Tun Razak, Peti Surat 6000, 97008 Bintulu (086-316200/086-338294) dan Pejabat SPRM Cawangan Limbang di alamat No 125, Jalan Fisher, 98700 Limbang (085-214104/085-214110).

 

SPRM mengingatkan calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). - DagangNews.com