6 faktor bantu jenama lebih terkenal dengan #RamadanDiTwitter | DagangNews Skip to main content

6 faktor bantu jenama lebih terkenal dengan #RamadanDiTwitter

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 15 Mac. - Kebanyakan rakyat di negara ini lebih gemar meluangkan masa di aplikasi Twitter ketika bulan Ramadan pada 2020, malah jangkaan sama pada 2021 dan seterusnya.

 

Perkara tersebut menjadi sebab dan pendorong kepada jenama-jenama di negara ini untuk menyesuaikan teknik pemasaran menjelang Ramadan nanti. 

 

Pengarah Urusan Twitter Asia Tenggara, Arvinder Gujral berkata, di Twitter, orang ramai dapat mengetahui apa yang sedang berlaku dan boleh bersama-sama berkumpul, sama ada untuk Ramadan atau acara-acara utama yang lain.

 

"Rakyat Malaysia memilih Twitter untuk berhubung dan bercerita mengenai apa yang paling penting kepada mereka dalam persediaan menghadapi Ramadan.

 

"Memandangkan penjarakan sosial masih diamalkan pada tahun ini, dengan #RamadanDiTwitter, rakyat Malaysia memulakan penghayatan mereka lebih awal, menggunakan Twitter untuk menggantikan interaksi bersemuka dan menjadikan pembelian secara dalam talian sebahagian daripada rutin Ramadan mereka. 

 

"Dengan cara atau cadangan ini, jenama-jenama dapat memacu pertumbuhan, mengemudi perbualan dan mencipta kandungan relevan bagi memenuhi indeks prestasi utama (KPI) mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

.

 

 

Berikut adalah enam faktor pacu jenama lebih dikenali ketika Ramadan nanti;

1) Rakyat Malaysia membuat persiapan awal untuk Ramadan dalam normal baharu ini

  • Semasa #RamadanDiRumah, jangkaan dan persediaan untuk Ramadan meningkat berbanding tahun sebelumnya. 
  • Pada tahun 2020, perbualan mengenai Ramadan meningkat di Twitter sebulan sebelum Ramadan, dengan pertumbuhan 25% ciapan berbanding 2019 . 

 

2) Rakyat Malaysia mengambil berat berkaitan topik yang sama, walaupun menyambut Ramadan di rumah

  • Dengan pertumbuhan perbualan Ramadan pada 2020, rakyat Malaysia bersemangat untuk berbual mengenai beberapa topik semasa #RamadanDiRumah.
  • Antara topik utama Ramadan yang membuatkan rakyat Malaysia tertarik pada waktu ini termasuk balik kampung (+55%), hiburan (+38%) dan makanan (+20%).  


 

3) Media sosial memainkan peranan penting dalam sambutan Ramadan secara dalam talian 

  • Apabila rakyat Malaysia boleh merancang Ramadan dalam talian mereka lebih awal pada tahun ini, mereka merancang untuk menggunakan media sosial untuk kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan serta aktiviti dalam talian adalah sangat dinanti-nantikan mereka.
  • 66% berkata menggunakan media sosial merupakan aktiviti yang sangat dinanti-nantikan semasa Ramadan, dengan 87% menyatakan mereka akan menggunakan aplikasi media sosial lebih dari biasa untuk kekal berhubung.

 

4) Orang ramai memilih Twitter untuk menghiburkan diri semasa Ramadan

  • Semasa Ramadan 2020, permintaan untuk kandungan berkaitan makanan dan masakan (+5%) dan komedi (+2%) melonjak naik.   
  • Kandungan keagamaan terus menyaksikan permintaan tinggi pada Ramadan 2020, dengan 66% rakyat Malaysia di Twitter mencari kandungan seperti ini.

 

5) Peningkatan dagangan sosial merupakan peluang untuk jenama-jenama kekal berhubung dengan khalayak mereka ketika Ramadan

  • Dengan anjakan kepada #RamadanDiTwitter pada 2020, rakyat Malaysia mengubah kebanyakan aktiviti luar talian kepada dalam talian. 
  • Untuk #RamadanDiTwitter tahun 2021 dan seterusnya, mereka merancang untuk meneruskan trend ini, dengan 70% dari rakyat Malaysia merancang untuk mengekalkan pembelian dalam talian untuk Ramadan pada masa hadapan.  

 

6) Rakyat Malaysia mencari jenama-jenama untuk perbualan dalam talian

  • Ditengah-tengah pertumbuhan bagi trend ini, rakyat Malaysia di Twitter turut mencari jenama-jenama untuk menjadi sebahagian daripada perbualan mereka. 
  • 81% rakyat Malaysia berkata mereka ingin mendengar lebih dari jenama-jenama dan 68% menyambut baik pandangan pakar sebelum membuat pembelian. 

 

 

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, jenama-jenama perlu mengambil pendekatan berperingkat kepada Ramadan agar mempunyai strategi jelas untuk libatkan dengan khalayak atau pelanggan.

 

"Dengan mendengar dan menangani kebimbangan, merancang pengalaman perbelanjaan dalam talian dengan lancar kepada pembeli-pembeli mereka, jenama-jenama mampu lebih menyerlah semasa Ramadan nanti," tambahnya. - DagangNews.com