6 sektor perniagaan terima 10% diskaun bil elektrik | DagangNews Skip to main content

6 sektor perniagaan terima 10% diskaun bil elektrik

TNB

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Sebanyak enam sektor perniagaan di seluruh negara diberi diskaun khas bil elektrik sebanyak 10% bagi tempoh Januari hingga Mac 2021.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sektor tersebut meliputi pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan.

 

"Di samping itu, rebat elektrik diberikan kepada semua pengguna TNB, domestik dan bukan domestik, pada kadar 2 sen setiap kilowatt per jam.

 

"Ia bersamaan penurunan bil elektrik sehingga 9% bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2021," ujar beliau lagi. 

 

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (Permai) hari ini.

 

Pakej bantuan Permai diumumkan untuk menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan. 

 

Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah pakej tersebut yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan. - DagangNews.com