65 pelajar Sekolah Seri Puteri didapati positif COVID-19 | DagangNews Skip to main content

65 pelajar Sekolah Seri Puteri didapati positif COVID-19

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 2 Dis - Seramai 65 pelajar tingkatan satu dan dua Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya didapati positif COVID-19.

 

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Dtuk Dr. Radzi Jidin menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook.

 

Radzi juga sempat ke sekolah berasrama penuh (SBP) itu melihat situasi sebenar yang berlaku.

 

“Saya bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, (Datin Seri Nor Zamani Abdol Hamid) terus ke sekolah berkenaan malam ini (semalam) untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan di sana.

 

“Turut hadir Dr. Md Nasir daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang,” katanya.

 

Menurutnya, 65 orang yang dikesan positif itu adalah hasil saringan lebih 200 pelajar sekolah berkenaan dan kes berkenaan dipercayai bermula daripada seorang guru didapati positif COVID-19.

 

jidi

 

“Pelajar yang positif kini di MAEPS, Serdang untuk pemantauan lanjut. Esok (hari ini) PKD akan lakukan ujian saringan ke atas baki pelajar.

 

jidi

 

“KPM dan PKD Sepang bekerjasama rapat untuk memastikan keselamatan pelajar,” jelasnya.

 

Pada 9 Oktober lepas, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM). - DagangNews.com