AppAsia, CMSC cadang tubuh syarikat kerjasama teroka peluang reka bentuk litar bersepadu di Malaysia | DagangNews Skip to main content

AppAsia, CMSC cadang tubuh syarikat kerjasama teroka peluang reka bentuk litar bersepadu di Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Julai - AppAsia Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CMSC Inc bagi menubuhkan syarikat usaha sama tujuan khas untuk meneroka peluang mereka bentuk litar bersepadu di Malaysia.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kerjasama itu merangkumi penyediaan reka bentuk litar bersepadu dan penyelesaian pasang siap (turnkey). 

 

CMSC yang berpangkalan di Taiwan terlibat dalam penyediaan perkhidmatan dan rumusan reka bentuk litar bersepadu.

 

"MoU itu adalah bagi meneroka peluang kerjasama perniagaan bagi meneroka dan melaksanakan perkhidmatan yang akan mewujudkan aliran pendapatan baharu kepada kumpulan itu.

 

"Cadangan kerjasama itu adalah sebahagian daripada pengembangan strategik kumpulan dalam industri semikonduktor, terutamanya pada reka bentuk litar bersepadu, bertujuan mempelbagaikan aktiviti perniagaannya," katanya.

 

Kumpulan itu berkata, dengan memanfaatkan gabungan kepakaran dan sumber kedua-dua syarikat, cadangan kerjasama itu bersuaha merebut peluang dan memgoptimumkan nilai untuk pemegang saham. 

 

MoU itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas pendapatan sesaham, asset ebrsih sesaham, penggearan, modal saham dan peganagan saham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. - DagangNews.com