Bursa Malaysia tutup sempena cuti Hari Wilayah, Thaipusam | DagangNews Skip to main content

Bursa Malaysia tutup sempena cuti Hari Wilayah, Thaipusam

KUALA LUMPUR 30 Jan - Bursa Malaysia Berhad dan anak syarikatnya akan menutup dagangan pada 1 Februari, sempena Hari Wilayah Persekutuan dan akan kembali beroperasi semula pada 2 Februari 2023.

 

Bursa Malaysia berkata, bursa dan anak syarikatnya juga akan ditutup pada 6 Februari sebagai cuti gantian Thaipusam yang jatuh pada Ahad, 5 Februari 2023.

 

Operasi akan disambung semula pada Selasa, 7 Februari, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Dalam pada itu, portal DagangNews juga tidak beroperasi pada kedua-dua hari cuti am tersebut. - DagangNews.com