CelcomDigi selesaikan 44% program integrasi rangkaian seluruh negara, lebih awal daripada jangkaan | DagangNews Skip to main content

CelcomDigi selesaikan 44% program integrasi rangkaian seluruh negara, lebih awal daripada jangkaan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Mei - CelcomDigi Berhad berjaya menyelesaikan 44% daripada program integrasi dan pemodenan rangkaian seluruh negara (NIM), lebih awal daripada jadual dalam perjalanan transformasi tiga tahun selepas penggabungannya.

 

Sehingga akhir April 2024, lebih 7,200 tapak telah dimodenkan, menghasilkan kelajuan muat turun yang lebih baik antara 20% hingga 26% dan kekuatan isyarat yang lebih baik antara 13% hingga 16% di kawasan pasca penyatuan.

 

Menjelang akhir Jun 2024, syarikat itu dijangka melepasi 50% tanda siap di empat negeri dan mencapai 60% siap di tiga negeri, termasuk di Pulau Pinang.

 

Bagi menyediakan perkhidmatan sambungan 4G dan 5G kepada pelanggan, CelcomDigi telah memodenkan rangkaian dengan peralatan sedia 5G.

 

"Pada masa ini, 86% daripada tapak syarikat di negara adalah sedia 5G dengan tapak yang dimodenkan itu dilengkapi dengan teknologi akses radio terkini, pengangkutan balik moden dan bekalan kuasa, yang akan meningkatkan liputan, kapasiti dan kualiti rangkaian.

 

"Jejak rangkaian 4G LTE dan 4G LTE-Advanced masing-masing berada pada 96.8% dan 92.1% di seluruh negara, sejajar dengan komitmennya untuk menyampaikan rangkaian 4G terluas dan terpantas di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekuti CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata, rangkaian bersepadu dan moden merupakan pemacu utama pertumbuhan digital untuk negara

 

bahawa rangkaian bersepadu dan moden akan menjadi bahagian penting dalam memacu cita-cita CelcomDigi untuk menjadi enjin pertumbuhan digital untuk negara, menyokong kewujudan bersama yang lancar dan evolusi 4G, 5G, dan teknologi masa depan.

 

"Rangkaian baharu ini direka bentuk untuk beralih secara lancer ke rangkaian 5G baharu dengan capaian 18,000 tapak, infrastruktur yang terbaik untuk membawa Malaysia ke era kelajuan lebih tinggi.

 

"Kami sedang bekerjasama dengan rakan kongsi strategik untuk mencuba teknologi 5.5G dan penggunaan baharu untuk pengalaman digital yang dipertingkatkan bagi perusahaan dan pengguna di negara ini.

 

"Ia merupakan perkembangan penting untuk kami dan industri, dan CelcomDigi teruja untuk merealisasikan potensi masa depan digital kami yang lebih baik," katanya. - DagangNews.com