COVID-19: Pekerja asing wajib disaring bermula 1 Januari | DagangNews Skip to main content

COVID-19: Pekerja asing wajib disaring bermula 1 Januari

Warga asing

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Kesemua pekerja asing wajib menjalani saringan wabak COVID-19 bermula 1 Januari 2021.

 

Arahan tersebut disuarakan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan yang menggesa para majikan untuk memastikan perkara tersebut dapat dijalankan bagi mengatasi penyebaran wabak berkenaan.

 

Beliau berkata, kos ujian saringan berkenaan akan ditanggung oleh para majikan.

 

M Saravanan
M Saravanan

 

"Bagaimanapun, bagi pekerja asing yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ujian saringan boleh dibuat di klinik yang telah dilantik oleh Perkeso," katanya dalam satu kenyataan.

 

Tambah beliau, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Fi bagi Ujian Pengesanan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020 dijangka dikuatkuasakan dalam masa terdekat.

 

Mana-mana majikan yang gagal mematuhi arahan tersebut boleh dikenakan tindakan sewajarnya. 

 

Semalam, Malaysia mencatatkan 2,018 kes jangkitan baharu yang menjadikan jumlah keseluruhan setakat 21 Disember 2020 sebanyak 95,327 kes.

 

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,011 adalah kes tempatan dan 7 kes import.

 

Jumlah kes aktif pula berjumlah 16,496 bersama 1 kes kematian pada hari yang sama. - DagangNews.com