Dolphin International umum inisiatif strategik, termasuk menukar nama kepada Oasis Harvest Corp | DagangNews Skip to main content

Dolphin International umum inisiatif strategik, termasuk menukar nama kepada Oasis Harvest Corp

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 10 Julai - Dolphin International Bhd telah mengumumkan beberapa inisiatif strategik yang bertujuan untuk mengukuhkan kedudukannya dalam sektor makanan dan minuman (F&B).

 

Syarikat itu berkata ia bercadang untuk melaksanakan penempatan persendirian bagi mengumpul RM2.44 juta bagi menyokong modal kerjanya bagi perniagaan F&B dan segmen dagangan.

 

Dolphin juga bercadang untuk menukar namanya kepada Oasis Harvest Corp Bhd.

 

“Penjenamaan semula ini sejajar dengan perniagaan dan nilai teras syarikat, bertujuan untuk meningkatkan keyakinan orang ramai dan penglibatan pihak berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Selain itu, Dolphin berkata ia mencadangkan perubahan kepada perjanjian jual beli (SSA) berkenaan dengan pemerolehan High Reserve F&B Sdn Bhd pada harga RM36 juta, di mana syarat pembayaran tertentu akan diubah atau diketepikan.

 

Dolphin, melalui anak syarikat milik penuhnya Asia Poly Food and Beverage Sdn Bhd, telah memeterai cadangan variasi kepada SSA dengan Dato' Yeo Boon Leong, Yeo Boon Thai, Yeo Boon Ho dan Yeo Soon Bee (secara kolektif dinamakan Vendors.

 

Variasi ini berkaitan dengan pemerolehan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam High Reserve F&B Sdn Bhd bernilai RM36 juta, di mana syarat pembayaran tertentu akan diubah atau diketepikan.

 

Disebabkan prestasi rendah kewangan Kumpulan High Reserve pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 dan 30 Jun 2024, cadangan variasi itu akan membolehkan Asia Poly Food and Beverage Sdn Bhd tidak membayar baki RM9.55 juta dan akan menerima RM4.85 juta sebagai pampasan bagi kerugian yang ditanggung.

 

 

uncle don's

 

 

Kumpulan High Reserve menghadapi kemerosotan ketara dalam hasil, menurun daripada RM9.19 juta pada FYE30 Jun 2022 kepada RM8.41 juta pada FYE30 Jun 2023 dan RM7.61 juta pada FYE30 Jun 2024, masing-masing disebabkan oleh penurunan trafik pelanggan di cawangan Uncle Don's, khususnya di Rawang dan Ipoh.

 

Kerugian selepas cukai (LAT) Kumpulan High Reserve juga meningkat daripada RM0.56 juta pada FYR 30 Jun 2022 kepada RM4.61 juta pada FYE 30 Jun 2023 terutamanya disebabkan oleh pengiktirafan kerugian rosot nilai ke atas pelaburan dalam syarikat subsidiari berjumlah RM3.95 juta.

 

Pengarah Eksekutif Dolphin International Berhad, Ch’ng Eu Vern berkata, rasional di sebalik memasukkan cadangan variasi kepada SSA adalah untuk mengurangkan kesan kewangan daripada prestasi rendah Kumpulan High Reserve dan bertujuan menyelaraskan komitmen kewangan syarikat dengan matlamat strategik secara lebih baik.

 

"Pelarasan ini membolehkan kami memberi tumpuan kepada usaha niaga yang lebih menguntungkan sambil mengekalkan kunci kira-kira yang sihat.”

 

Selain itu, Dolphin mencadangkan penempatan persendirian yang dijangka meningkatkan hasil kasar sehingga RM2.44 juta pada harga terbitan ilustrasi RM0.182 setiap Saham Penempatan. Dana ini terutamanya akan menyokong modal kerja untuk perniagaan F&B dan segmen dagangan Syarikat.

 

Selaras dengan fokus strategiknya dan untuk lebih mencerminkan identiti dan tujuan korporat Syarikat yang dikemas kini, Dolphin mencadangkan menukar namanya kepada "Oasis Harvest Corporation Berhad."

 

Ch’ng kekal yakin tentang prospek syarikat dalam sektor F&B, dan Dolphin menumpukan pada usaha mengembangkan lagi bidang ini. Rancangan masa depan termasuk meneruskan penggabungan dan pengambilalihan secara ktif dengan kedai F&B lain yang bersinergi dengan operasi semasa Dolphin. - DagangNews.com