Econpile terima kontrak RM26.5 daripada SNA Consult bagi kerja-kerja cerucuk projek kondominium di mukim Batu | DagangNews Skip to main content

Econpile terima kontrak RM26.5 daripada SNA Consult bagi kerja-kerja cerucuk projek kondominium di mukim Batu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Julai - Econpile Holdings Bhd menerusi Econpile (M) Sdn Bhd menerima kontrak bernilai RM26.5 juta daripada SNA Consult Sdn Bhd bagi kerja-kerja tanah, cerucuk dan sukstruktur bagi cadangan pembangunan kondominium 40 tingkat di Jalan Kiara 5,mukim Batu, Kuala Lumpur.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, projek itu akan siap dalam tempoh 15 bulan bermula dari tarikh 9 Julai 2024.

 

"Projek ini dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan dari tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 dan seterusnya.

 

"Tiada risiko ketara yang boleh dijangka selain daripada risiko operasi yang berkaitan dengan projek semasa tempoh kontrak," katanya.

 

Pihak pengurusan akan melaksanakan langkah kawalan dan prosedur operasi bagi mengurangkan kesan atau kemungkinan sebarang kejadian luar jangka.

 

Tiada pengarah atau pemegang saham utama kumpulan atau orang yang mempunyai hubungan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam projek itu.- DagangNews.com