Harga RON95 & RON97 kekal, diesel naik 1 sen | DagangNews Skip to main content

Harga RON95 & RON97 kekal, diesel naik 1 sen

.

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing kekal pada paras RM1.84 dan RM2.14 seliter.

 

Bagaimanapun, harga runcit bagi diesel naik sebanyak 1 sen seliter.

 

Kementerian Kewangan memberitahu, penetapan harga tersebut berkuat kuasa bagi tempoh 9 hingga 15 Januari 2021.

 

"Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM2.14 seliter.

 

"Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM1.84 seliter.

 

"Manakala harga runcit diesel naik sebanyak 1 sen iaitu daripada RM2.01 seliter kepada RM2.02 seliter," jelas kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

 

Penetapan harga tersebut dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

 

Dalam makluman yang sama, Kementerian Kewangan memberitahu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang berterusan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - DagangNews.com