HLIB unjur SMRT catat pertumbuhan positif pada separuh pertama 2025 dipacu peningkatan perbelanjaan modal | DagangNews Skip to main content

HLIB unjur SMRT catat pertumbuhan positif pada separuh pertama 2025 dipacu peningkatan perbelanjaan modal

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research mengunjurkan SMRT Holdings Bhd mencatatkan pertumbuhan positif pada separuh pertama 2025 dipacu peningkatan perbelajaan modal (capex) dalam tempoh itu.

 

Katanya, bagi tempoh itu, kebiasaannya syarikat utility akan menumpukan kepada perbelanjaan capex yang membawa kepada penggunaan tapak yang lebih tinggi.

 

Firma penyelidikan itu berkata, sumbangan lebih besar daripada Perusahaan Listrik Negara (PLN) pada suku ini dengan pertumbuhan stabil dijangka daripada PLN Jakarta.

 

"Tambahan pula, kumpulan itu optimis untuk mencapai 1,000 tapak ATM Pito AxM Platform Inc (PAPI) di Filipina menjelang suku kedua 2025 yang akan meningkatkan asas pendapatan berulangnya.

 

"Akhir sekali, usaha kumpulan itu ke dalam segmen air dianggap satu lagi pemacu pertumbuhan yang ketara, memandangkan isu air bukan hasil yang semakin meningkat di Malaysia," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Terdahulu, untung bersih teras 4QFY24 sebanyak RM6.2 juta menjadikan pendapatan FY24 SMRT kepada RM26.1 juta, mengatasi unjuran pada 113% daripada ramalan setahun penuh.

 

Sisihan positif itu disebabkan penggunaan tapak yang lebih kukuh daripada jangkaan pada FY24.

 

Untung bersih teras FY24 diperolehi selepas melaraskan keuntungan pelupusan sekali sahaja bagi pelaburannya dalam anak syarikat dan kerugian pertukaran mata wang asing berjumlah RM574,000.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pada suku tersebut, jualan kumpulan meningkat 1.5% diterajui prestasi kukuh di pasaran luar negara (+100%) diikuti oleh Malaysia (+2.5%).

 

Katanya, pertumbuhan perlahan di Malaysia disebabkan kesan asas yang tinggi daripada pesanan tertunggak pada 2023. 

 

Secara keseluruhan, dengan margin untung kasar yang lebih tinggi, untung bersih teras berkembang pada kadar yang lebih kukuh sebanyak 67.9%.

 

"Kami mengekalkan saranan 'beli' dengan harga sasaran (TP) RM2.28 sesaham," katanya. - DagangNews.com