Inflasi harga tender pembinaan di Malaysia dijangka meningkat 3% tahun ini, kata Turner & Townsend | DagangNews Skip to main content

Inflasi harga tender pembinaan di Malaysia dijangka meningkat 3% tahun ini, kata Turner & Townsend

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 23 April - Inflasi harga tender pembinaan di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 3% pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya, didorong pelbagai faktor termasuk jenis projek, strategi pemerolehan industri dan turun naik mata wang.

 

Laporan syarikat perkhidmatan profesional global Turner & Townsend berkata, terdapat anjakan positif kerana peningkatan kos pembinaan mula menyederhana dan pada masa sama isu seperti pembuatan tertunggak, logistik dan gangguan rantaia bekalan menjadi semakin stabil.

 

Berbanding tahun lalu, faktor seperti peningkatan inflasi, kekangan rantaian bekalan dan kos pengangkutan yang semakin meningkat menimbulkan cabaran berterusan tanpa ada sebarang tanda-tanda harga akan menurun ke paras pra pandemik.

 

"Walaupun bahan binaan penting seperti batu, pasir dan konkrit terus mengalami tekanan harga menaik tetapi kekerapan kenaikan tambahan mula berkurangan.

 

"Harga besi dan simen bagaimanapun kekal tidak stabil namun kelonggaran yang ketara dapat diperhatikan berbanding turun naik yang berlaku sebelum ini.

 

"Ia boleh dikaitkan dengan penurunan harga komoditi global seperti bijih besi dan keluli," katanya.

 

Firma itu berkata, memandangkan kemuncak peningkatan kos pembinaan mungkin sudah berlalu, namun kos berkemungkinan kekal tinggi, memberi kesan ketara kepada projek di seluruh dunia tanpa mengira keadaan permintaan.

 

{"preview_thumbnail":"/sites/default/files/styles/video_embed_wysiwyg_preview/public/video_thumbnails/7360968753254862097.jpg?itok=semJFPYm","video_url":"https://www.tiktok.com/@dagangnews/video/7360968753254862097?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7239999029697168898","settings":{"responsive":1,"width":"854","height":"480","autoplay":1},"settings_summary":["Embedded Video (Responsive, autoplaying)."]}

 

Mengenai cabaran utama, firma itu berkata, kelemahan ringgit, peningkatan kos operasi dan kekurangan tenaga kerja mahir mungkin memberi kesan.

 

Katanya, majoriti kontraktor serta vendor berskala kecil dan sederhana berkemungkinan lebih memilih perojek untuk penambahan buku pesanan mereka selain lebih berhati-hati terhadap risiko komersial.

 

Turner & Townsend merupakan syarikat perkhidmatan profesional global kehadiran di 48 negara. Syarikat itu bekerjasama dengan pelanggan merentasi sektor hartanah, infrastruktur dan sumber asli.

 

Firma itu mempunyai pengkhususan dalam program utama, pengurusan program, pengurusan kos dan komersial, penyelesaian sifar bersih dan digital.- DagangNews.com