ADAKAH dengan tindakan Indonesia melarang pengeksportan minyak sawit ke pasaran dunia mendatangkan laba bagi Malaysia untuk meningkat pengeluarannya menjadi pengeksport utamanya pula?
Seingat saya dahulu disebabkan oleh kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta India bekerjasama dengan Pakistan bagi menyelesaikan isu konflik dua wilayah berkenaan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-74 pada 24 hingga 28 September 2020.
Dalam ucapan tersebut Tun Mahathir berharap konflik Jammu dan Kashmir diselesaikan secara rundingan dan bukan menerusi kekerasan.
Berikutan kenyataan tersebut rakyat India marah kerana mereka percaya Kashmir mempunyai kepentingan dengan India dan negara lain tiada hak campur tangan urusan kedaulatan negara mereka.
Maka akibatnya pihak berkuasa India bercadang memboikot pembelian minyak sawit tetapi dinafikan oleh Menteri Industri Utama semasa itu, Teresa Kok Suh Sim menolak dakwaan kerajaan India memboikot minyak sawit Malaysia sebaliknya mahu mengurangkan pengeksportan minyak sawit yang diproses.
Beliau berkata, pembeli minyak sawit itu inginkan kerajaan meningkatkan eksport minyak sawit mentah (MSM). Namun perkara ini didorong isu politik yang melanda dengan Kerajaan Malaysia sebelum ini, namun ia tidak seharusnya memperjudikan aspek ekonomi yang menyebabkan pekerja bidang itu terjejas.
India mengimport 50% minyak sawit daripada Indonesia. Dalam setahun jumlah importnya dianggarkan sekitar lapan juta tan iaitu menguntukkan sebanyak 40% daripada jumlah minyak yang diboleh gunakan untuk masakan. India adalah negara pengimport terbesar dunia dalam minyak masak sayuran.
Apakah tindakan kerajaan India berikutan langkah Indonesia itu? Adakah New Delhi akan merujuk ke Malaysia untuk menambah eksport mintak sawit dari Malaysia?
Presiden Joko Widodo, mengumumkan Jumaat lalu bahawa Indonesia akan menghentikan eksport minyak masak dan minyak sawit mentah ke luar negara bermula 28 April ini.
Kesatuan Petani Kelapa Sawit Indonesia menyokong larangan kerajaan terhadap eksport kelapa sawit dan menyifatkannya sebagai langkah sementara yang diperlukan.
Tindakan negara pengeluar kelapa sawit dan pengeksport terbesar dunia itu bertujuan memastikan bekalan dan harga mampu beli minyak masak di pasaran domestik.
Larangan eksport itu menyebabkan harga minyak kacang soya melambung ke paras tertinggi di tengah-tengah kebimbangan mengenai bekalan global minyak sayur-sayuran alternatif yang berkurangan.
Langkah Indonesia seolah-olah akan memburukkan situasi kekurangan bekalan masak mungkin boleh membawa kepada krisis kebuluran makanan di negara yang bergantung kepada import minyak masak. Ketidakseimbangan permintaan dan penawaran dijangka menyebabkan harga minyak sawit dan minyak-minyak pesaing lain melonjak ke paras yang lebih tinggi,”
Konflik Ukraine telah menyukarkan pasaran minyak masak dunia. Rantau Laut Hitam sahaja memperuntukkan 76% eksport minyak bunga matahari. Penghantaran melalui jalan laut ke rantau tersebut terjejas disebabkan pihak insurans mengenal premium yang tinggi kesan daripada situasi perang yang menyebabkan kapal pengantar kargo minyak masak tidak mampu menanggung kosnya.
Konflik kedua-dua negara ini memaksa kebanyakan negara yang terjejas import minyak bunga matahari menukar kepada import minyak sawit. Ukraine dan Russia adalah pengeksport terbesar minyak bunga matahari di dunia. Menurut The Observatory of Economic Complexity, laman web visualisasi data untuk perdagangan antarabangsa 46 peratus datang dari Ukraine dan 25 dari Russia.
Jika diteliti dasar langkah Indonesia itu telah dilaksanakan oleh beberapa negara termasuk Argentina yang mengenakan cukai eksport yang tinggi untuk masaknya sementara Moldova, Hungary dan Serbia telah malarang eksport bijirin mereka.
Peningkatan dasar perlindungan makanan akan menimbulkan kebimbangan kalangan negara bergantung bahan makanan asas dan minyak masak seperti di Timur Tengah dan Afrika yang akan membawa kepada kekurangan bekalan makanan dan dapat mencetuskan kekacauan.
Bagaimana dengan Malaysia dapatkah ia mengimbangkan kekurangan minyak kelapa sawit dunia berikutan tindakan Indonesia itu. Indonesia merupakan negara pengeksport minyak sawit terbesar di dunia di mana pada tahun lalu, pengeluaran dan eksport minyak sawit Indonesia mewakili masing-masing 59% dan 56% daripada pengeluaran dan eksport minyak sawit dunia.
Dalam hubungan ini Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata, kesan jangka pendek tentunya menyebabkan negara pengimport mengalihkan pandangan ke negara ini.
Namun ia mengemukakan cabaran kepada Malaysia disebabkan isu kekurangan tenaga buruh yang menyebabkan Malaysia tidak mampu menampung permintaan tinggi ekoran langkah yang diambil Indonesia itu.
Katanya, Indonesia merupakan negara pengeksport minyak sawit terbesar di dunia di mana pada tahun lalu, pengeluaran dan eksport minyak sawit Indonesia mewakili masing-masing 59 peratus dan 56 peratus daripada pengeluaran dan eksport minyak sawit dunia.
Jeck Seng berkata, ketika ini pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) yang mampu dikeluarkan Malaysia setahun adalah sekitar 17 juta tan disebabkan faktor ketiadaan pekerja di sektor perladangan.
Menurut beliau, peningkatan permintaan eksport itu mampu memberi cabaran kepada industri hiliran sawit tempatan di Malaysia memandangkan persaingan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.
Jelas beliau, Malaysia masih bergantung kepada permintaan dan penawaran minyak sawit dunia dan keperluan bagi pasaran tempatan pula hanya satu juta tan setahun bagi pengeluaran minyak masak bersubsidi.
Sehubungan itu, Malaysia sebagai negara pengeluar dan pengeksport utama minyak sawit dan produk-produk hiliran berasaskan sawit, kerajaan akan melindungi kelangsungan dan daya saing industri sawit tempatan di peringkat global termasuk industri hiliran.
Namun sejauh manakah penghentian eksport minyak sawit itu dapat menangani masalah kekurangan minyak masak. Langkah ini adalah tidak seimbang kerana akan membawa kekurangan besar di pasaran antarabangsa dan meninggalkan kesan kepada pendapatan pekerja, petani kecil dalam industri ladang dan industri minyak sawit di Indonesia.
Dunia akan berada dalam keadaan panik seketika dan Barat akan berasai betapa diskriminasi terpilih mereka terhadap minyak sawit atas alasan keradangan kepada kulit dan pekerja buruh paksa dan isu perubahan iklim kini akur tentang betapa penting minyak sawit kepada dunia. - DagangNews.com