Memperkasa mahasiswa ke arah usahawan digital | DagangNews Skip to main content

Memperkasa mahasiswa ke arah usahawan digital

Oleh PROF DR ABDOL SAMAD NAWI

 

 

BEBERAPA tahun belakangan ini, kita sering diperdengarkan tentang Mahasiswa dan Keusahawanan Digital. Apa yang kita perlu tahu adalah keusahawanan digital merupakan satu trend perubahan yang datang bersama-sama dengan kalimat revolusi industri 4.0.

 

Revolusi industri itu sendiri merupakan suatu peningkatan pada perkembangan teknologi. Contohnya teknologi digital seperti saat ini yang termasuk ke revolusi industri 4.0. Bahkan, pada saat ini sudah mulai timbul pula topik yang membahas perubahan revolusi industri 5.0 dan masyarakat 5.0.

 

Namun sebelum kita membincangkan topik “MEMPERKASA MAHASISWA KE ARAH USAHAWAN DIGITAL", kita perlu menjawab dan jelas sama ada kita di universiti ingin memperkasa trend yang mana ia akan berubah mengikut revolusi industri atau kita ingin memperkasa USAHAWAN yang bersifat lebih kekal dan menzaman.

 

Kita di universiti sudah tidak mahu lagi terperangkap dengan perkembangan trend yang bersifat jangka pendek dan akhirnya usaha pengukuhan ini akan ditinggalkan bila trend berubah, seperti yang berlaku dalam perkembangan e-dagang dan k-ekonomi dahulu.

 

Untuk itu di Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED) agak berhati-hati dalam merencana perancangan strategi pemerkasaan di MASMED, UiTM.

 

Sebelum kita memperkasa Mahasiswa ke arah keusahawanan digital, di MASMED juga turut mengikuti dengan dekat perkembangan AI dan IOT dan fungsinya dalam keusahawanan yang dikatakan akan menjadi tunjang perkembangan Revolusi Industri 5.0 yang akan datang.

 

Alangkah baiknya jika dapat ditekankan di sini bahawa, di MASMED bukan meninggalkan trend perubahan tetapi mempelajari dan mengetahui sejarah perkembangan revolusi industri 1.0 hingga 4.0 agar di MASMED dapat fokus memperkasakan sesuatu yang bersifat lebih kekal dan stabil iaitu fokus dalam proses pembentukan MINDA KEUSAHAWANAN berbanding tren seperti trend KEUSAHAWANAN DIGITAL yang bersifat “SUPERFICIAL”.

 

Definisi Revolusi Industri

Revolusi industri merupakan perubahan dari ekonomi agraris ke ekonomi industri yang dalam pelaksanaannya menggunakan mesin untuk mengolah bahan mentah menjadi bahan siap pakai.

 

Singkatnya, revolusi ini berhasil merubah sistem kerja manusia dari tenaga otot menjadi tenaga mesin. Peristiwa ini dinamakan revolusi industri oleh Friedrich Engels dan Louis-Auguste Blanqui pada abad ke-19.


 

ir40

 


Sejarah Revolusi Industri

Revolusi Industri datang dengan trend perubahan yang mempunyai pengaruh perubahan pada sektor/struktur ekonomi dan sosial politik. Seperti yang kita ketahui, revolusi industri memiliki 4 tahap perubahan setakat hari ini.

 

Bermula dari revolusi industri 1.0 pada tahun 1750, hingga revolusi industri 4.0 yang saat ini sedang kita alami. Pada setiap tahap tersebut, terdapat trend penanda revolusi tersebut telah bermula. Itulah lahirnya keusahawanan digital yang datangnya bersama Revolusi Industri 4.0.


 

ir40

 


Model Pemerkasaan KEUSAHAWANAN di Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED)

Model Pemerkasaan Keusahawanan di MASMED berasaskan tiga (3) teras iaitu MINDA (Mind), Hati (Heart) dan Jiwa (Soul), MINDA USAHAWAN, HATI USAHAWAN dan JIWA USAHAWAN. Tiga perkara utama ini mempunyai pemboleh ubah yang menyokongnya:

 

MINDA (MIND) = Minda, Pengetahuan, Pengalaman, Strategi & Fokus

HATI (HEART) = Niat (Nawaitu), Keinginan (Motivasi/ Keghairahan/

Keinginan/Keinginan).

JIWA (SOUL) = Badan, Fizikal, Kesihatan, Kekuatan, Kemahiran & Tindakan

surat

 

Bagi kami di MASMED jika ketiga-tiganya dapat di bangunkan menjadi satu unit dan wujud sinergi yang harmoni dan fokus dalam pemerkasaan minda keusahawanan, maka kuasanya akan menjadi amat luar biasa!

 

Tumpuan pemerkasaan tiga elemen kuasa ini adalah lebih besar berbanding jika hanya satu trend penggerak seperti perkembangan digital dalam dunia keusahawan, dan model ini bersifat lebih stabil dan mampu berkembang dalam menghadapi apa juga trend perkembangan dalam dunia keusahawanan.

 

Dengan bersandarkan kepada faktor MINDA (MIND), HATI (HEART) dan JIWA (SOUL) yang ditunjangi oleh tindakan secara langsung "going direct" atau “engagement” secara terus dengan pemain industri dalam bidang keusahawanan yang Mahasiswa minati dan mengikut perancangan mereka maka pemerkasaan minda keusahawan ini lebih penting dan kekal.


 

masmed

 


Ternyata 3 faktor ini sahaja tidak mencukupi. Maka, MASMED di UiTM juga bekerjasama dengan pusat bertanggung jawab lain di UiTM bersinergi untuk membekalkan ilmu di peringkat pengajian tinggi (kampus/buku/pensyarah), dan akhirnya mahasiswa dapat melengkapkan diri dengan sokongan elemen ketiga tiga teras di atas.

 

Adalah menjadi harapan besar kami di Akademi Pembangunan PKS & Keusahawanan Malaysia (MASMED) yang inisiatif ini dapat difahami dan dijiwai oleh seluruh warga universiti terutama di UiTM dan umumnya di IPT lain. - DagangNews.com

 

 

 

Prof. Dr. Abdol Samad Nawi merupakan Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED) Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor