Minyak mentah hanya AS$10 setong menjelang 2025? | DagangNews Skip to main content

Minyak mentah hanya AS$10 setong menjelang 2025?

 

KUALA LUMPUR 16 April - Sebuah firma rundingan tenaga menerusi laporannya tidak menolak kemungkinan harga minyak mentah Brent bakal jatuh kepada AS$10 setong menjelang tahun 2025. 

 

Ramalan yang dibuat Wood Mackenzie (WoodMac) itu mengambil kira andaian sekiranya dunia mempercepatkan peralihan tenaga untuk mencapai matlamat iklim Perjanjian Paris. 

 

Jelas firm itu, sekiranya dunia tekad untuk mengehadkan pemanasan global kepada 2 darjah celsius menjelang 2025, industri tenaga mungkin akan berevolusi. 

 

Susulan itu, permintaan minyak dijangka menguncup seiring kuasa pengeluar minyak utama.

 

Namun, permintaan terhadap gas dijangka stabil sekiranya model perniagaan diubah, tambah WoodMac menurut laporan The Edge.

 

“Akibatnya, harga minyak akan jatuh pada penghujung dekad ini.

 

“Menjelang 2030, di bawah Senario Peralihan Tenaga yang Dipercepatkan (AET02), kami menjangkakan purata harga Brent pada kadar AS$40 setong, menyusut daripada AS$60 hingga AS$70 (purata) ketika ini.

 

“Menjelang 2025, Brent akan merosot kepada AS$10 hingga AS$18 setong,” jelas firma itu.

 

Permintaan yang semakin lemah akan menghalang kuasa pengeluar minyak utama daripada mengurus pasaran dan menyokong harga komoditi itu, berbeza daripada apa yang boleh dilakukan mereka ketika ini.

 

Untuk rekod, Malaysia yang turut menandatangani Perjanjian Paris menyatakan komitmen untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45% menjelang 2030.

 

Ini terdiri daripada 35% dasar tanpa syarat dan 10% bersyarat. - DagangNews.com