PDRM lanjutkan tempoh diskaun bayaran saman sehingga 31 Disember ini | DagangNews Skip to main content

PDRM lanjutkan tempoh diskaun bayaran saman sehingga 31 Disember ini

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 12 Dis - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melanjutkan masa bagi tawaran pengurangan kadar bayaran saman sebanyak 80% sehingga 31 Disember ini.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, lanjutan pemberian diskaun tersebut dibuat bagi membantu meringankan bebanan dan  memberi peluang kepada orang ramai menyelesaikan saman mereka.

 

"Orang ramai boleh pergi ke semua kaunter trafik seluruh negara.

 

"Pelaksanaan ini juga dibuat agar orang ramai tidak menyerbau kaunter-kaunter saman yang dibuka di seluruh negara.

 

"Inisiaitif ini secara dapat membantu mengurangkan bebanan masyarakat kita yang terkesan selepas penularan COVID-19 disamping dapat mengurangan jumlah saman dalam simpanan data Polis Diraja  Malaysia (PDRM)," katanya semasa Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

 

Baca juga: JPJ lanjut tempoh saman hingga 15 Disember 2021

 

Acryl Sani yang mengulas mengenai kesesakan dan masalah penggunaan aplikasi MyBayarSaman berkata, kesulitan berlaku disebabkan bilangan pengunjung aplikasi yang terlalu ramai.

 

"Saya dapat laporan terdapat kesulitan disebabkan bilangan pengunjung aplikasi terlalu ramai dan berlaku kesesakan.Kalau anda pergi le kuanter memang tiada isu sebab ia terus ke database Bukit Aman,"jelasnya. - DagangNews.com