Pemasaran mulut ke mulut senjata hebat dalam perniagaan | DagangNews Skip to main content

Pemasaran mulut ke mulut senjata hebat dalam perniagaan

oleh Ahmad Danial Jeffri

PEMASARAN dari mulut ke mulut atau Word of Mouth Marketing (WOMM) merupakan satu daripada teknik promosi yang dilakukan secara percuma dan terbukti sangat berkesan.

 

Mana tidaknya, strategi pemasaran ini sudah diguna pakai sejak dahulu lagi sebelum wujudnya papan iklan, video promosi mahupun laman web. Malah, dianggap paling meyakinkan, bagi sesetengah pihak!

 

Jika berbicara tentang perniagaan pasti tidak lari dari istilah pemasaran. Ia adalah satu komponen yang sangat perlu untuk dilakukan sekiranya kita menjual produk atau menawarkan perkhidmatan supaya diketahui pelanggan dan WOMM merupakan sebahagian daripada itu.

 

Kunci kepada kejayaan sesebuah perniagaan adalah strategi pemasaran yang efektif dan terancang. Melalui promosi yang menarik, anda dapat menarik pelanggan untuk membeli produk anda.

 

Dengan menggunakan WOMM pelanggan baru akan terdorong untuk membeli produk tersebut kerana ia merupakan responds dan feedback pengguna sebelumnya. Ini akan menambah keyakinan mereka terhadap sesuatu produk.

 

Tambahan pula, pemasaran dari mulut ke mulut telah beralih ke fasa digital. Ramai orang menggunakan media sosial sebagai medium untuk memberi galakan kepada orang lain untuk mencuba sesuatu produk baharu.

 

Bahkan dengan wujudnya digital WOMM ini semakin cepat penyebaran maklumat dan informasi kepada pengguna alam maya.

 

WOMM ini akan wujud apabila produk atau perkhidmatan kita memenuhi kepuasan pelanggan.

 

Seterusnya, tersebarlah apabila mereka bersama kenalan mereka berborak dan saling berkongsi pendapat. Lalu mewujudkan komuniti terhadap jenama yang dipasarkan.

 

Justeru, kekuatan WOMM tidak dapat disangkal lagi bahkan juga dengan hadirnya dunia digital kekuatannya semakin berlipat ganda. Oleh itu, mari kita dalami bagaimana WOMM ini diaplikasi dalam kehidupan seharian.

 

 

parafrasa

 

 

Mengapa WOMM sangat berkesan dalam promosi?

Mungkin ada yang berpendapat banyak lagi cara promosi yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pelanggan. Berikut merupakan sebab WOMM sangat berkesan dalam promosi.

 

  1. Persepsi

Seseorang memberi persepsi kepada orang lain untuk lebih percaya terhadap sesuatu produk atau jenama. Persepsi merupakan tanggapan terhadap apa yang dibicarakan. Oleh itu, persepsi yang bagus akan membawa nama baik untuk produk kita.

 

  1. Maklumat kepada pelanggan

Pengguna lebih mengetahui tentang produk dari sudut kelebihan dan kekurangannya berbanding pembeli. Mereka mengetahui sama ada produk itu berkesan memberi penyelesaian atau tidak.

 

  1. Yakin atau tidak

Pengguna lebih maklum dan yakin bahawa produk tersebut mampu penuhi keinginan mereka. Pembeli dapat melihat kemampuan produk anda melalui perbualan mereka dengan pelanggan yang telah merasakan pengalaman menggunakan produk anda sebelum ini.

 

 

parafrasa

 

 

Namun perlu untuk peniaga memastikan pemasaran mulut ke mulut ini berlaku secara positif.

 

Anda perlu memberi kepuasan penuh terhadap pelanggan anda supaya pelanggan anda menyedari kelebihan yang terdapat pada produk anda.

 

Hasilnya, ini akan menggalakkan mereka untuk berkongsi pengalaman mereka bersama orang lain.

 

Kelebihan pemasaran mulut ke mulut

WOMM merupakan zero cost marketing yang bermaksud anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk mengiklankan produk anda.

 

Bagaimana? Semasa pengguna menceritakan tentang produk anda kepada orang lain, anda tidak mengeluarkan modal walau sesen. Ini disebabkan betapa unik dan berkualitinya produk anda sehingga mereka terdorong untuk berkongsi tentang barangan anda.

 

Bukan sahaja pengguna akan repeat order bahkan berkongsi dan menceritakan kepada orang lain tentang sesuatu produk yang mereka gemari.


 

parafrasa

 


Teras utama untuk sesebuah perniagaan untuk berkembang apabila mereka menyelesaikan masalah dan mereka menandingi pesaing yang lain.

 

Kedua, WOMM mudah untuk menggalakkan pelanggan baharu membeli produk anda. Ini disokong oleh tinjauan media penyelidikan Nielsen pada tahun 2012 yang mendapati bahawa 92% responden mempercayai saranan untuk produk daripada orang yang mereka kenali. Dan 70% lagi pengguna mempercayai produk yang menerima banyak penilaian positif daripada pelanggan sebelumnya.

 

Apabila anda mencipta produk atau servis yang sangat menarik, maka dari sini lah akan lahir WOMM.

 

Sekiranya kita berbicara tentang produk sukan pasti akan terlintas beberapa jenama terkenal seperti Nike, Adidas atau Puma kerana orang sentiasa memuji akan kualiti barangan tersebut.


 

parafrasa

 


Menyedari hakikat ini, dapatlah kita lihat secara jelas bahawa setiap syarikat yang berjaya hari ini, sudah tentu memandang WOMM ini secara serius.

 

Membuat orang lain teringat akan jenama kita sahaja sudah dikira pemasaran yang berjaya apatah lagi sekiranya mampu menghasilkan jualan. – DagangNews.com

 

 

AHMAD DANIAL JEFFRI adalah Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)