Persatuan SME lantik Chin Chee Seong sebagai presiden bagi penggal 2024-2026 | DagangNews Skip to main content

 Persatuan SME lantik Chin Chee Seong sebagai presiden bagi penggal 2024-2026

Chin Chee Seong
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 9 Sept - Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Associations) melantik Chin Chee Seong sebagai Presiden bagi penggal 2024 sehingga 2026 semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) pada Ahad.

 

Chin yang merupakan Setiausaha Agung Persatuan sebelum ini, akan mengambil alih jawatan itu daripada pemangku Presiden, Datin Dorph Peng Wen Yin.

 

Sementara itu, Datuk Seri Ricky Yaw Chan Choy, Bekas Naib Presiden telah dilantik sebagai Timbalan Presiden.

 

Dalam ucapan perasmiannya, Chin menegaskan komitmen persatuan itu bagi memupuk ekosistem yang bertenaga dan mampan untuk perniagaan kecil dan sederhana (PKS), yang berfungsi sebagai tulang belakang ekonomi Malaysia.

 

Chin menggesa majlis yang baru dipilih dan semua ahli untuk mempertahankan legasi kecemerlangan persatuan, sambil mempergiatkan usaha untuk memacu inovasi, mengembangkan peluang dan menyokong dasar yang mendorong kemajuan industri.- DagangNews.com