Persekitaran operasi sektor sarung tangan kekal mencabar kesan lebihan bekalan, kata Kenanga Research | DagangNews Skip to main content

Persekitaran operasi sektor sarung tangan kekal mencabar kesan lebihan bekalan, kata Kenanga Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 April - Kenanga Research menjangkakan persekitaran operasi sektor sarung tangan kekal mencabar kesan lebihan bekalan serta saingan harga daripada pengeluar antarabangsa.

 

Katanya, keadaan itu diburkkan lagi dengan permintaan yang lemah selain kos input yang tinggi.

 

Firma penyelidikan itu berkata, industri itu akan terus berdepan situasi lebihan bekalan besar-besaran selain saingan harga daripada negara tertentu yang menjual produk mereka di bawah harga kos selain kos input tinggi bagi getah nitril butadiena serta lateks.

 

"Industri itu menjangkakan jualan suku tahunan yang tidak menentu kerana pembeli tidak melihat keperluan mendesak untuk membuat pesanan besar atau meningkatkan pegangan stok keranan bekalan mudah didapati.

 

"Secara keseluruhannya, industri berhati-hati untuk menaikkan harga kerana saingan sengit dalam pasaran," katanya dalam satu nota kajian.

 

Melangkah ke suku kedua 2024, Kenanga Research menjangkakan harga input lateks akan meningkat kesan daripada pengeluaran rendah semasa musim sejuk (antara Disember hingga Mei) manakala harga getah nitril butadiena telah meningkat sejak suku keempat 2023.

 

"Secara keseluruhannya, semua pemain industri sedar bahawa prospek untuk meningkatkan lagi purata harga jualan (ASP) pada suku berikutnya adalah mencabar disebabkan oleh keadaan lebihan kapasiti besar semasa, dengan hanya segelintir pelanggan bersetuju setakat ini.

 

"Kami mendapati bahawa pengilang China masih menjual pada harga di bawah AS$20 setiap 1,000 keping, pada harga AS$16 hingga AS$18 bagi setiap 1,000 keping dan ia membawa maksud sebarang cubaan menaikkan ASP oleh pengeluar Malaysia hanya akan mengakibatkan kerugian," katanya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, dinamik permintaan-bekalan hanya mulan menuju ke arah keseimbangan pada 2026 apabila hampir tiada lagi pembukaan kilang baharu.

 

Katanya, pada masa sama ia disokong pertambahan permintaan sarung tangan global sebanyak 15% dipacu peningkatan kesedaran kebersihan.

 

"Kami mengekalkan saranan 'underweight' untuk sektor itu dan tidak mempunyai sebarang pilihan utama untuk sektor itu," katanya. - DagangNews.com