Pos Malaysia rangkul dua anugerah berprestij Malaysia Management Excellence Awards 2023 | DagangNews Skip to main content

Pos Malaysia rangkul dua anugerah berprestij Malaysia Management Excellence Awards 2023

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 4 Dis - Pos Malaysia Bhd, penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional meraih dua lagi anugerah berprestij, di Malaysia Management Excellence Awards 2023 anjuran Asian Business Review, sebuah penerbitan khas untuk komuniti perniagaan Asia yang dinamik.

 

Anugerah tersebut meraikan pencapaian cemerlang pemimpin perniagaan Malaysia yang paling luar biasa, inovator berwawasan, dan pasukan yang padu. 

 

Pos Malaysia unggul dalam kategori 'Employee Engagament of the Year' dan 'Logistic dan Executive of the Year - Logistic'.

 

Pencapaian itu melengkapkan senarai anugerah yang telah Pos Malaysia peroleh pada 2023, dan mengiktiraf kepimpinan teladan ketua pegawai eksekutif kumpulannya, Charles Brewer. 

 

Sejak Charles Brewer mengambil alih kepimpinan pada Ogos 2021, Pos Malaysia memulakan perjalanan transformasi demi mengukuhkan komitmennya terhadap kecemerlangan dan melaksanakan pelbagai strategi inovatif yang meletakkanya sebagai pemain utama dalam industri.

 

Antara anugerah yang dirangkul Pos Malaysia pada tahun ini adalah, Climate Action Fellow di Forward Faster Sustainability Awards 2023 oleh United Nations Global Compact Network Malaysia and Brunei (UNGCMYB), Excellence in Sponsorship Activation (Bronze) di Marketing Excellence Awards 2023, Excellence in Sustainable Development Goal (SDG) di HRD Awards 2023, CEO Champion, Malaysian Organisation di Life at Work Awards 2023 dan Most People Focused CEO (Silver) di HR Excellence Awards 2023.

 

Selain itu, mereka turut meraih anugerah Company of the Year (Transportation & Logistics) – Best in Community & Public Health  Support Award di Sustainability & CSR Malaysia Awards 2023, Best In-House Certification Programmes di Employee Experience Award 2023, Airfreight Courier Service di Reader’s Digest Trusted Brand Award 2023 dan  #1 Courier Service and #3 Warehousing di Graduates’ Choice Award 2023 Most Preferred  Graduate Employers to Work For.

 

Anugerah-anugerah itu merupakan testimoni kepada pelbagai inisiatif yang diketuai Pos Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini dalam usaha untuk mentransformasikan organisasi secara digital dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan, sambil mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan profesional kakitangannya. - DagangNews.com