Roche Malaysia lantik Deepti Saraf sebagai Pengurus Besar baharu | DagangNews Skip to main content

Roche Malaysia lantik Deepti Saraf sebagai Pengurus Besar baharu

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dahangnews.com

 

KUALA LUMPUR 6 Dis - Roche Malaysia mengumumkan pelantikan Deepti Saraf sebagai Pengurus Besar Roche (Malaysia) Sdn. Bhd., divisyen farmaseutikalnya, yang baharu. 

 

Deepti akan bertanggungjawab dalam pengurusan am dan akan melaporkan diri kepada Ketua Bahagian Roche di Asia Pasifik, Ahmed Elhusseiny.  

 

Pelantikannya adalah seiring dengan sambutan 125 tahun legasi Roche pada tahun ini. 

 

Deepti membawa bersamanya pengalaman selama 17 tahun dalam industri farmaseutikal dari India dan Thailand.

 

"Saya amat berbesar hati kerana berpeluang untuk terlibat dengan ekosistem penjagaan kesihatan di Malaysia dan teruja untuk berkhidmat kepada pasukan Malaysia saya menerusi lantikan baru ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Sejak menyertai Roche pada tahun 2013, Deepti telah menyediakan khidmat merentasi pelbagai bidang penyakit termasuk Onkologi, Perubatan Asas (FMI), penyakit berjangkit, Reumatologi dan Nefrologi. 

 

farma
Deepti Saraf 

 

Sebelum ini, beliau merupakan sebahagian daripada pasukan kepimpinan di India dan Thailand, selain berjaya menerajui usaha transformasi syarikat gabungan Roche di Thailand dengan menyandang jawatan Ketua Pegawai Transformasi pada tahun 2019. 

 

Deepti memainkan peranan penting dalam menguruskan pihak berkepentingan luar dan rakan niaga Roche yang berkaitan inisiatif-inisiatif pembentukan ekosistem kesihatan di Thailand dan Filipina.

 

Beliau juga amat komited dalam membentuk budaya yang memperkasakan keupayaan dalam membuat keputusan dan pada masa sama menggalakkan inovasi yang akan memberi manfaat kepada pesakit.

 

“Kami amat gembira bahawa Deepti akan menyertai pasukan kami di Malaysia kerana kami yakin beliau mempunyai tenaga dan semangat untuk mengetuai syarikat ini ke fasa baharu. 

 

"Kami teruja untuk melihat beliau memperkukuhkan lagi asas perniagaan kami di Malaysia,” kata Ahmed Elhusseiny.

 

Pasukan Pengurusan Roche berterima kasih kepada Pengurus Besar Roche Malaysia terdahulu, Lance Duan atas sumbangannya selama empat tahun di negara ini. 

 

Pada Mei lalu, beliau menyertai Pasukan Strategi Produk Global di ibu pejabat Roche di Basel, Switzerland. - Dagangnews.com