SC buka permohonan bagi kohort kedua program FIKRA ACE Accelerator | DagangNews Skip to main content

SC buka permohonan bagi kohort kedua program FIKRA ACE Accelerator

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Julai - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) buka permohonan untuk kohort kedua program FIKRA ACE Accelarator (program Pemacu Fikra ACE), yang menyediakan platform kepada syarikat pemula untuk membangunkan rumusan inovatif.

 

Program merupakan sebahagian aripada inisiatif FIKRA ACE iaitu inisiatif tiga than yang dilancarkan pada 2023 bagi memajukan pasaran modal Islam (ICM) menerusi rumusan teknologi kewangan Islam yang inovatif.

 

Katanya, program itu terdiri daripada komponen Accelerator, Circle dan Excel. 

 

"Program berstruktur selama lapan minggu itu terdiri daripada bengkel, program bimbingan, rangkaian sosial, dan pemudahan pembiayaan.  

 

"Program Pemacu dijangka bermula pada Ogos. Ia dibuka kepada individu atau syarikat yang mempunyai kehadiran pasaran kurang daripada tiga tahun. Permohonan terbuka kepada pemohon tempatan dan antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

SC berkata, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) merupakan rakan kongsi ekosistem tempatan yang strategik untuk program tersebut. 

 

Katanya, MDEC akan terus menyokong syarikat pemula yang mengambil bahagian dalam program itu dengan infrastruktur, sumber dan pengetahuan pasaran untuk meningkatkan perniagaan mereka dengan lebih berkesan.                                                                                                                                                       
 

"SC juga akan bekerjasama dengan Islamic Development Bank, yang merupakan rakan kongsi ekosistem global, bagi membantu meningkatkan kandungan program dengan pandangan dan perspektif antarabangsa," katanya 

 

Mereka yang berminat digalakkan untuk mendaftar mulai hari ini sehingga 31 Julai 2024 di https://www.sc.com.my/fikra-ace/accelerator.  - DagangNews.com