Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bermula 2 Januari 2022 | DagangNews Skip to main content

Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bermula 2 Januari 2022

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
azan@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 15 Nov - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 melibatkan negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

 

Bagi Kumpulan B yang terdiri daripada Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pualau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan bermula 3 Januari hingga 20 Mac 2022.

 

Kalendar Akademik sesi 2022/2023 akan bermula 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi Kumpulan A manakalan Kumpulan B akan memulakan persekolahan pada 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023.

 

"Sesi persekolahan bagi penggal ketiga dan Kalendar Akademik 2022/2023 boleh dimuat turun melalui www.moe.gov.my/takwim mulai hari ini dan KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan.

 

Bagi sesi persekolahan peggal ketiga 2021/2022 akan berlangsung selama lapan minggu iaitu 2 Januari hingga 24 Feruari 2022 sebelum pelajar solah diberikan cuti selama tiga minggu bermula 25 Februari hingga 20 Mac 2022.

 

Kumpulan A akan memulakan penggal pertama persekolahan 2022/2023 pada 21 Mac hingga 2 Jun 2022 sebelum bercuti selama seminggu bermula 3 Jun hingga 11 Jun 2022 dan penggal kedua akan bermula pada 12 Jun hingga 1 September 2022.

 

Bagi penggal ketika mereka akan memulakan sesi persekolah pada 11 September 2022 hingga 16 Februari 2023.

sekolah

Kumpulan B pula akan memulakan penggal pertama persekolahan 2022/2023 bermula 21 Mac hingga 3 Jun 2022 manakala penggal kedua akan bermula pada  13 Jun hingga 2 September 2022 dan penggal ketiga akan berlangsung pada 12 September hingga 17 Februari 2023.-DagangNews.com