ShopBack, Sunway Pyramid bekerjasama anjur Shopfiesta bermula 10 hingga 26 Februari 2023 | DagangNews Skip to main content

ShopBack, Sunway Pyramid bekerjasama anjur Shopfiesta bermula 10 hingga 26 Februari 2023

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Feb - ShopBack berkerjasama dengan Sunway Pyramid bagi menganjurkan ShopFiesta by ShopBack bagi memberikan ganjaran kepada pelanggan bermula 10 hingga 26 Februari ini di pusat beli-belah berkenaan. 

 

Acara berkenaan dijangka memberi rangsangan lagi kepada sektor runcit berikutan lanjutan dariapda sambutan tahun baharu.

 

Menerusi perkongsian dengan Sunway Pyramid, ShopFiesta merupakan acara yang direka untuk menghidupkan semula kegembiraan membeli-belah di pusat beli-belah, selain memberi ganjaran kepada pelanggan dengan tawaran eksklusif di lebih 60 rakan kongsi pedagang yang mengambil bahagian, aktiviti menyeronokkan dan hadiah sehingga RM100,000.

 

Berikutan indeks Sentimen Pengguna oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia bagi suku keempat 2022, sentimen pengguna Malaysia menunjukkan tanda-tanda peningkatan berterusan walaupun rancangan perbelanjaan semakin berkurangan.

 

Pengurus Besar Shopback Malaysia, Eddy Han menjangkakan, trend membeli-belah akan kembali kepada paras sebelum pandemik dengan pelanggan sudah kembali ke pusat beli-belah dan lebih berhati-hati ketika berbelanja.

 

"Kami melihat pertumbuhan 150% dari tahun ke tahun dalam perbelanjaan runcit dengan ShopBack PayLater - Perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) ShopBack pada suku terakhir.

 

shopback

 

"Dengan ShopBack PayLater, kami percaya bahawa pelanggan  kini akan mempunyai cara yang lebih bermanfaat, mudah diakses dan menarik untuk membayar apa yang mereka perlukan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Pengurus Besar Sunway Pyramid, Jason Chin berkata, pihaknya sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Shopback dalam meningkatkan pengalaman pelanggan dengan menyediakan kemudahan untuk membeli-belah.

 

Beliau berkata, bagi menggalakkan pembeli membeli-belah dengan bijak, ShopBack PayLater membolehkan pembeli menikmati kemudahan untuk membahagikan pembayaran mereka kepada tiga ansuran bulanan tanpa faedah tanpa faedah dan yuran tersembunyi, sambil dapat mengakses faedah dan ganjaran.

 

“Kami mahu pelanggan mempunyai lebih kawalan ke atas perbelanjaan mereka dan mempunyai kemudahan kewangan yang lebih baik.

 

"Apabila mereka lebih yakin dengan kebolehan berbelanja mereka, peruncit boleh menjangkakan kadar pulangan yang lebih tinggi," katanya.

 

Menerusi program itu, ShopBack akan menawarkan diskaun eksklusif RM25 untuk semua pembelian yang dibuat melalui ShopBack PayLater, sah di semua kedai di menerima ShopBack PayLater seperti JD Sports, Christy Ng, Love Bonito, Sulwhasoo, Marks & Spencers dan banyak lagi. - DagangNews.com