Sistem kamera menakjubkan, Galaxy A22 tampil dengan bateri 5,000 mAh | DagangNews Skip to main content

Sistem kamera menakjubkan, Galaxy A22 tampil dengan bateri 5,000 mAh

Galaxy A22

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 30 Julai - Samsung Malaysia Electronics menyambut kemunculan rangkaian terbaharu Galaxy A iaitu Galaxy A22 yang ditampilkan dengan reka bentuk unik dan menakjubkan.

 

Diilhamkan oleh inovasi menarik, Galaxy A22 menawarkan kamera belakang quad yang menakjubkan, paparan Infinity-U yang memukaukan dengan kadar penyegaran 90Hz serta ketahanan bateri 5,000 mAh.

 

Presiden Samsung Malaysia Electronics, Edward Han berkata, permintaan pengguna semakin tinggi terhadap telefon pintar yang mampu memenuhi gaya hidup mereka tanpa mengira harga.

 

.

 

"Galaxy A22 dipenuhi dengan ciri dan pengalaman mudah alih Samsung yang penting, memberikan semua yang anda perlukan untuk mengekspresikan diri dan berkongsi minat anda tanpa menjejaskan kualiti," katanya dalam satu kenyataan.

 

Layar 6.4  pada Galaxy A22 memaparkan paparan Infinity-U dengan teknologi Super AMOLED yang memberi gambar yang jelas dan pengalaman menonton tanpa gangguan. 

 

Kadar segar semula 90Hz memberikan tahap kabur pergerakan dan jangka tindak balas yang lebih pendek. 

 

Menatal melalui media sosial akan berjalan lancar, dan pengguna dapat menonton video dalam definisi tinggi dengan warna yang lebih terang dan lebih jelas.

 

 

Berikut adalah spesifikasi Samsung Galaxy A22;

.

 

Dengan pemproses Helio G80 octa-core dan RAM 6GB, pengguna tidak perlu risau yang aplikasi yang akan terhempas atau terhenti. 

 

Bagi pemain game, pemproses dan RAM yang hebat akan menyokong untuk permainan mudah alih selain ditambah dengan storan dalaman sebanyak 128GB yang boleh diperluas hingga ke 1TB dengan kad MicroSD.

 

Ketahanan bateri 5,000 mAh  dengan Fast Charging 15W juga memastikan prestasi tahan lama yang akan menguji daya tahan penggunaan.

 

Telefon pintar tersebut turut dilengkapi dengan kamera selfie 13MP hebat di depan yang membolehkan pengguna menangkap gambar dengan lebih terang, lebih jelas dan membolehkan pengguna menambah kesan kabur pada gambar untuk menyerlahkan wajah dengan lebih baik. 

 

Sementara itu, kamera belakang pula terdiri daripada kamera makro 2MP, kamera kedalaman 2MP, kamera Ultra Lebar 8MP dan kamera utama 48MP dengan OIS.

 

.

 

Kelebihan tersebut memberikan kebebasan memilih pelbagai effects dan skop tangkapan yang luas. 

 

"Galaxy A22 juga dilengkapi dengan Scene Optimizer yang akan mengesyorkan tetapan kamera yang paling sesuai supaya anda dapat merakam kenangan anda dengan sebaik mungkin.

 

"Galaxy A22 kini boleh didapati dalam warna hitam dan dua warna pastel indah - Violet dan Mint pada harga RM899. 

 

"Anda akan menerima Soft Clear Cover percuma bernilai RM39 apabila anda membeli Galaxy A22 mulai sekarang hingga 31 Ogos 2021," tambah beliau lagi. - DagangNews.com