Sorento Capital terima kelulusan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia | DagangNews Skip to main content

Sorento Capital terima kelulusan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 10 Julai - Penyedia peralatan sanitari bilik mandi dan dapur, Sorento Capital Bhd menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia.

 

Tawaran awam permulaan (IPO) kumpulan itu melibatkan terbitan awam sebanyak 155 juta saham biasa baharu, dan tawaran untuk penjualan sehingga 74 juta saham sedia ada.

 

Ini akan mewakili sejumlah kira-kira 26.62% daripada modal saham terbitan Sorento Capital yang diperbesarkan sebanyak 860 juta saham biasa.

 

Sorento Capital, menerusi anak syarikatnya terlibat dalam pemasaran, pengedaran dan penjualan barangan sanitari bilik mandi dan dapur.

 

Kumpulan menawarkan portfolio produk komprehensif yang memenuhi pilihan pelanggan yang pelbagai, daripada pilihan yang berpatutan hingga barangan mewah.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Pembekal peralatan sanitari Sorento Capital bakal disenaraikan di Pasaran ACE, terbitkan IPO 155 juta saham

 

Rangkaian jenama rumah yang terkenal termasuk Sorento selain Mocha, Cabana dan i-Born.

 

Pengarah Urusan Sorento Capital, Loo Chai Lai berkata, sejak ditubuhkan pada 2005 dengan dedikasi untuk menyediakan rangkaian barangan sanitari bilik mandi dan dapur bagi kedua-dua ruang kediaman dan komersial.

 

"Kelulusan IPO ini memberikan kami akses kepada pasaran modal ekuiti semasa bagi memulakan pertumbuhan seterusnya.

 

"Hasil yang diperoleh daripada penyenaraian itu akan digunakan bagi mengukuhkan sokongan pengedaran sedia ada, mengembangkan rangkaian pengedar, mengembangkan jualan berasaskan projek dan meningkatkan pengiktirafan jenama menerusi pelaburan dalam aktiviti penjenamaan dan pemasaran di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Tanpa sebarang keadaan yang tidak dijangka, Sorento Capital akan disenaraikan menjelang suku keempat 2024.

 

Alliance Islamic Bank Berhad merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan bagi IPO.- DagangNews.com