Cabnet peroleh subkontrak RM22.46 juta daripada Pamir Development bagi projek di Johor Bahru | DagangNews Skip to main content

Cabnet peroleh subkontrak RM22.46 juta daripada Pamir Development bagi projek di Johor Bahru

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Okt - Cabnet Holdings Bhd menerusi Cabnet M&E Sdn Bhd menerima subkontrak bernilai RM22.46 juta daripada Pamir Development Sdn Bhd bagi kerja-kerja kejuruteraan mekanikal dan elektrik bagi projek di Johor Bahru.

 

Kumpulan itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata, kerja-kerja subkontrak itu bermula pada 25 Oktober 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada 19 November 2026.

 

"Kerja-kerja subkotrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan dari tahun kewangan berakhir 28 Februari 2025 hingga 2027 dengan andaian tiada sebarang kelewatan.

 

"Ia juga tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan aham syarikat," katanya.

 

Faktor risiko yang mempengaruhi kerja-kerja subkontrak juga terdiri daripada risiko operasi dan pelaksanaan yang biasa, yang mana syarikat akan mengambil langkah sewajarnya untuk diminimumkan.

 

Tiada pengarah, pemegang saham utama Cabnet dan/atau orang yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam kontrak itu. - DagangNews.com