Tawaran awam permulaan 3Ren catat lebih langgan 84.06 kali | DagangNews Skip to main content

Tawaran awam permulaan 3Ren catat lebih langgan 84.06 kali

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 25 Okt - Syarikat rumusan automasi, 3Ren Berhad yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia mengumumkan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat orang awam telah terlebih langgan sebanyak 84.06 kali.

 

Menurut 3Ren, sebanyak 25,768  permohonan untuk 2,764,609,200 saham IPO diterima bagi lebih 32 juta saham yang disediakan untuk permohonan orang ramai Malaysia.

 

Bagi bahagian Bumiputera, sebanyak 13,097 permohonan diterima untuk lebih 1,583,386,000, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 71.69 kali.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, 16,250,000 daripada IPO syarikat telah diketepikan untuk peruntukan bagi bahagian Bumiputera, yang mewakili 50% daripada jumlah IPO yang tersedia untuk langganan awam.

 

“Manakala baki 16,250,000 IPO telah diperuntukkan di bawah bahagian awam di mana kami telah menerima sebanyak 12,671 permohonan untuk 1,583,386,000 saham yang mewakili kadar lebihan langganan sebanyak 96.44 kali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

 

Di samping itu, 30 juta saham IPO yang disediakan untuk permohonan bagi pihak yang layak juga telah dilanggan sepenuhnya.

 

Selain itu, lebih 48 juta IPOnya yang diperuntukkan kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI telah dilanggan sepenuhnya. 

 

Sementara itu, lebih 43 juta saham IPO bagi penempatan persendirian kepada pelabur terpilih telah dilanggan sepenuhnya oleh ejen penempatan tunggal.

 

KAF Investment Bank Berhad merupakan penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan tunggal untuk IPO ini.- DagangNews.com