KUALA LUMPUR 30 Dis - Fitch Ratings menaikkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia pada 2025 berikutan pemulihan yang lebih perlahan dalam hasil Indonesia dan peningkatan penggunaan biodiesel negara.
Firma itu telah menaikkan unjuran harga MSM kepada AS$800 (RM3,578) setan (t) dan AS$700 setan pada 2025, meningkat daripada anggarannya sebelum ini iaitu AS$750 dan AS$650.
"Unjuran terkini kami yang disemak semula mencerminkan hasil yang lebih perlahan di Indonesia, pengeluar minyak sawit terbesar dunia, dan peningkatan penggunaan biodiesel di negara ini, " katanya dalam nota.
Walaupun kenaikan itu, Fitch Rating berkata, andaiannya membayangkan harga akan menjadi lemah mulai 2024, berikutan bekalan minyak sawit yang lebih baik dan persaingan dengan minyak kacang soya.
Firma itu juga telah menyemak semula andaian harga jangka panjangnya, berdasarkan inflasi kos dan jangkaan penambahan terhad kepada keluasan kelapa sawit.
"Indonesia telah memperlahankan permit baharu untuk perladangan, manakala beberapa pengeluar di Malaysia menjual keluasan untuk kegunaan alternatif, seperti pembangunan hartanah.
"Bagaimanapun, hasil minyak sawit masih perlu meningkat dalam jangka panjang bagi benih dan amalan penanaman yang lebih baik," katanya.
Firma itu berkata, keadaan sederhana sepatutnya meningkatkan hasil buah tandan dengan keadaan hujan yang lebih baik, tanpa gangguan banjir.
"Peramal cuaca mengandaikan La Nina tidak akan bertahan melebihi suku pertama 2025. Ini sepatutnya mengehadkan kesan ke atas pengeluaran minyak kacang soya saingan, kerana La Nina mendorong cuaca kering di kawasan penanaman kacang soya utama di Amerika Selatan," katanya.
Selain daripada keluaran yang lebih tinggi, Fitch Rating juga berpendapat harga MSM akan mengalami takanan dalam beberapa bulan akan datang oleh aliran berbeza bagi penggantian minyak kacang soya.
"Harga MSM pada masa ini adalah premium kepada minyak kacang soya, bukannya diskaun biasa.
"Kami berpendapat peniaga dan pengilang minyak makananan bakal mengurangkan pembelian minyak sawit dan akan membeli minyak kacang soya.
"Selain itu, Indonesia mewajibkan peningkatan bahagian biodiesel berasaskan minyak sawit dalam bahan api diesel kepada 40% daripada Januari 2025 (B40), daripada 35% (B35).
"Kami menganggarkan arahan B40 akan meningkatkan penggunaan minyak sawit global sebanyak 1% kepada 2% pada 2025," katanya.- DagangNews.com