HeiTech Padu beli 30% saham dalam Souqa Fintech pada harga lebih RM16.17 juta | DagangNews Skip to main content

HeiTech Padu beli 30% saham dalam Souqa Fintech pada harga lebih RM16.17 juta

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 30 Sept - Anak syarikat HeiTech Padu Bhd, Synergy Grid Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) bagi membeli 10.78 juta saham baharu dalam Souqa Fintech Sdn Bhd (SF).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, HeiTech berkata saham itu dibeli pada harga RM1.50 setiap satu dengan jumlah RM16.17 juta.

 

Souqa Fintech ialah platform pembayaran dalam talian yang berfungsi sebagai syarikat induk gerbang pembayaran Islam PayHalal.

 

Heitech berkata pembelian itu akan dibiayai daripada dana yang dijana secara dalaman dan setelah selesai melaksanakannya, syarikat itu akan memiliki 30% saham dalam SF.

 

Kumpulan itu menerajui dalam bidang perniagaan baharu di samping melaksanakan aktiviti kontraknya seperti membangunkan produk dan rumusan yang sesuai dalam segmen berkaitan saran massa, transaksi dan fintech.

 


Kata Heitech, pembelian itu adalah sebahagian daripada strategi HeiTech untuk meneroka lebih mendalam ke alam digital sambil menjalankan perniagaan kontrak tradisional.

 

"Perkhidmatan tempahan dan pembayaran dalam talian adalah salah satu bidang yang kami sedang giat membina melalui produk dan rumusan yang dibangunkan secara dalaman," ujarnya.

 


HeiTech berkata rumusan pembayaran SF bagi PayHalal, yang memenuhi permintaan khususnya, kewangan Islam yang akan membantu syarikat itu melonjak lebih jauh dalam industri fintech.

 


Di samping menyediakan rumusan teknologi kewangan pasaran konvensional yang sedia ada, pembelian saham itu merupakan langkah penting bagi HeiTech terutamanya dalam mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem e-dagang berasaskan Islam.- DagangNews.com