Kunjungan kapal induk USS Carl Vinson bukti Malaysia terus menjadi negara sahabat penting kepada Amerika Syarikat | DagangNews Skip to main content

Kunjungan kapal induk USS Carl Vinson bukti Malaysia terus menjadi negara sahabat penting kepada Amerika Syarikat

Kehadiran kapal induk USS Carl Vinson merapatkan lagi hubungan ketenteraan Kuala Lumpur dan Washington.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 30 Dis - Malaysia kekal menjadi satu daripada negara sahabat yang penting bagi Amerika Syarikat (AS) termasuk dalam kerjasama pertahanan bagi mengimbangi keselamatan di perairan serantau.

 

Ini diterjemahkan menerusi persinggahan armada Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) apabila menerima kunjungan kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Carl Vinson (CVN-70).

 

USS Carl Vinson, yang merupakan kapal induk dalam Carrier Strike Group One (CSG-1) juga menjadi simbol kepada kuasa maritim Washington di rantau Indo-Pasifik.

 

 

Kapal induk tersebut memulakan pelayaran dari pangkalan di San Diego, AS pada pertengahan November lalu bagi misi pelayaran di rantau sebelah sini.

 

 

Kapal

 

Pesawat

 

Sebelum sampai di Malaysia, armada kapal induk ini berada di perairan Filipina.

 

CSG-1 terdiri daripada kapal dilengkapi peluru berpandu kelas Ticonderoga, USS Princeton serta 2 kelas Arleigh Burke iaitu USS Sterret dan USS William P. Lawrence.

 

Armada ini diketuai Komander CSG-1, Laksamana Muda Michael S. Wosje.

 

Seberat 109,000 tan, USS Carl Vinson yang ditauliahkan pada 1982 berlabuh di Terminal Pelayaran Pelabuhan Klang, Selangor bersama armadanya.

 

Tunjang utama armada ini ialah pasukan udaranya, Carrier Air Wing Two (CVW-2) dengan kekuatan 90 pesawat pelbagai jenis bagi menyokong operasi.

 

 

Kapal

 

Kapal
Kapal kruis peluru berpandu USS Princeton.

 

Antaranya pesawat seperti F-35C Lightning II, F/A-18E/F Super Hornets, EA-18G Growler, E-2D Advanced Hawkeye, CMV-22 Osprey dan helikopter MH-60R/S Seahawks.

 

Kelebihan CVW-2 ialah ia boleh melaksanakan operasi penerbangan tanpa henti siang dan malam dalam sebarang keadaan cuaca. Tidak banyak negara yang mempunyai kemampuan sedemikian.

 

Kru kapal ini juga dilatih dan bersedia untuk melaksanakan operasi pada bila-bila masa.

 

Keseluruhannya USN mempunyai 11 buah kapal induk pembawa pesawat yang membentuk armada serangan masing-masing.

 

 

Kapal

 

Kapal

 

Pesawat
Pesawat E2D Advance Hawkeye.

 

Carl Vinson CSG-1 beroperasi di kawasan operasi Armada ke-7 AS serta sering berinteraksi dan beroperasi dengan sekutu serta rakan kerjasama dalam usaha memelihara wilayah Indo-Pasifik yang bebas serta terbuka.

 

Sementara itu dalam kenyataannya, Michael berkata, kunjungan armada tersebut mengukuhkan kerjasama Malaysia-AS terhadap kemakmuran, keselamatan dan keamanan serantau.

 

“Kunjungan ini memberi kami peluang yang penting dan unik untuk bekerjasama dengan rakan sejawat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta membina perkongsian strategik.

 

“Peluang berada di Malaysia juga memberi ruang kepada kru berehat dan meneroka keunikan negara ini selain membina hubungan dalam komuniti.

 

“AS dan Malaysia bekerjasama rapat dalam hal keselamatan termasuk memerangi keganasan, kesedaran domain maritim dan kestabilan serantau. Kedua-duanya kerap mengambil bahagian dalam latihan, latihan dan lawatan dua hala dan pelbagai hala,” ujarnya.

 

 

Kapal


 
Pesawat

 

Pesawat
Armada USS Carl Vinson boleh melakukan operasi penerbangan waktu malam.

 

Semasa berada di Malaysia, hampir 7,500 anak kapal CSG-1 akan terlibat dalam pertukaran budaya dan acara berkaitan dengan komuniti.

 

Ini juga bertujuan meningkatkan persefahaman budaya serta kerjasama antara kedua-dua negara.

 

 

Kapal
Laksamana Pertama Jamsari Tahir (tengah) dan Laksamana Muda Michael S. Wosje semasa berada di atas kapal USS Carl Vinson.
 

 

Terdahulu, ketibaan armada CSG-1 ini disambut oleh Asisten Ketua Staf Siber dan Elektromagnetik, Markas Tentera Laut, Laksamana Pertama Jamsari Tahir bersama Pancaragam Pusat TLDM.

 

Hubungan diplomatik antara AS dan Malaysia telah terjalin sejak 1957 susulan kemerdekaan seterusnya diperkukuhkan lagi menerusi Kerjasama Komprehensif pada April 2014. - DagangNews.com