Malaysia Airlines lancar penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Da Nang, Vietnam  | DagangNews Skip to main content

Malaysia Airlines lancar penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Da Nang, Vietnam 

Malaysia Airlines lancar penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Da Nang, Vietnam
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 24 Sept - Malaysia Airlines melancarkan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Da Nang, Vietnam hari ini menerusi pesawat MH748  berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang pada 8.35 pagi. 

 

Malaysia Airlines berkata, penerbangan itu disambut dengan baik di Vietnam pada 10.25 pagi waktu tempatan dan penerbangan pulang adalah pada pukul 11.25 pagi dan tiba di KLIA pada 3.20 petang.

 

"Penerbangan sulung itu dikendalikan oleh pesawat Boeing 737-800, membawa sejumlah 155 penumpang, termasuk 12 dalam Kelas Perniagaan dan 143 dalam kelas ekonomi.

 

"Laluan Kuala Lumpur ke Da Nang itu adalah sebanyak tujuh kali seminggu bagi meningkatkan pengalaman perjalanan pelancong ke destinasi itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

 

 

ghgjkgh
Dari kiri - Duta Besar Vietnam, Tuan Yang Terutama Dinh Ngoc Linh dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi

 

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi berkata, penerbangan sulung itu mencapai faktor muatan sebanyak 90%, mencerminkan permintaan yang kukuh untuk perjalanan ke negara itu.

 

"Perkhidmatan baharu ini menandakan destinasi ketiga kami ke Vietnam, bukan sahaja meningkatkan ketersambungan tetapi juga membuka pintu kepada penumpang kami serta menjadikan Malysia Airlines sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya,” katanya. 

 

Sementara itu, Malaysia Airlines akan terus mengembangkan rangkaiannya dan menyediakan pengalaman perjalanan yang lancar bagi memenuhi keperluan penumpangnya.- DagangNews.com