KUALA LUMPUR 26 Nov - Kenanga Research menjangkakan peningkatan jumlah jualan terus menjadi pemacu pertumbuhan pendapatan Gas Malaysia Bhd pada suku akan datang.
Firma penyelidikan itu juga menaikkan unjuran keuntungan bersih FY24-FY25 antara 9% hingga 15% selepas melaraskan pertumbuhan volum jualan gas kepada 9% dan 3% berbanding 4% dan 3% manakala margin pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dilasaraskan kepada 8.2% dan 8% daripada 8.0% dan 7.5%.
Bagaimanapun, kadar pertumbuhan volum jualan jangka panjang kami dikekalkan pada 2% dengan margin EBITDA yang lebih rendah sebanyak 7.5% untuk mengekalkan pelanggannya kerana kebanyakan kontrak tiga tahun berakhir menjelang tahun ini.
"Kumpulan itu mencatatkan satu lagi rekod pendapatan RM116 juta pada 3QFY24, menjadikan keuntungan teras kepada RM328.7 juta yang mengatasi ramalan.
"Prestasi kukuh ini didorong oleh volum jualan gas yang lebih tinggi daripada jangkaan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Untung bersih Gas Malaysia bagi 3QFY24 meningkat kepada RM115.99 juta dipacu jualan, purata harga gas asli tinggi
Terdahulu, hasil bagi suku berkenaan juga meningkat kepada RM2.13 bilion berbanding RM1.81 bilion pada 3QFY23.
Keputusan positif Gas Malaysia itu didorong jumlah jualan gas asli yang lebih tinggi, purata margin sumbangan gas asli yang lebih tinggi, yuran tol yang lebih tinggi serta sumbangan yang lebih tinggi daripada syarikat usaha sama.
Kenanga Research menyukai kumpulan itu kerana kedudukan pasaran yang kukuh dan ia merupakan peruncit gas asli utama di Malaysia selain keterlihatan pendapatan yang kukuh disokong oleh keupayaannya mengekalkan pelanggan melalui kontrak tiga tahun.
Selain itu, kumpulan tu juga mempunyai aliran tunai yang kukuh serta pemberian hasil dividen sebanyak 7%.
"Bagaimanapun, mereka berdepan pelbagai risiko termasuk risiko kawal selia, ketiakstabilan dalam sebaran margin perniagaan tidak dikawal dan kelembapan ekonomi yang boleh menjejaskan permintaan untuk gas," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "market perform" dengan harga sasaran (TP) RM3.85 sesaham.- DagangNews.com