Uncle Kentang: Pentingnya Perakaunan Dana dalam pengurusan badan amal | DagangNews Skip to main content

Uncle Kentang: Pentingnya Perakaunan Dana dalam pengurusan badan amal

Kuan Chee Heng yang terkenal dengan nama `Uncle Kentang'
Oleh Prof. Madya Dr Ong Tze San

PADA Mei 2021, sukarelawan Malaysia Kuan Chee Heng, atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, memperoleh anugerah Commonwealth Points of Light atas kesukarelawanannya dan penglibatan komuniti yang cemerlang.

 

Uncle Kentang telah menyumbangkan khidmatnya kepada masyarakat, membantu golongan fakir, miskin, dan kurang bernasib baik.

 

Uncle Kentang dipanggil selepas perkataan Melayu "kentang," yang merujuk kepada pemberian kentang kepada golongan yang kurang berkemampuan.

 

Bagi meringankan beban kewangan golongan miskin dan memerlukan, beliau juga telah memberikan perkhidmatan ambulans, perkhidmatan teksi, dan penjualan produk dengan kos simbolik 10 sen.

 

Uncle Kentang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan ambulans, serta kereta jenazah dan pengebumian percuma kepada penduduk yang miskin dan orang asli.


 

parafrasa

 


Beberapa usaha amal Uncle Kentang termasuk bank makanan, talian ‘hotline’ bunuh diri - 12 jam, membantu wanita dan kanak-kanak yang didera mencari perlindungan, dan mengatur pasukan polis komuniti untuk mencegah jenayah.

 

Beliau juga mengasaskan organisasi Community Policing Malaysia (CPM), yang berfungsi sebagai saluran serta pusat penyelesaian aduan awam untuk usaha-usaha amal.

 

Badan amal melakukan banyak perkara yang indah dan memainkan peranan penting dalam masyarakat. Badan amal bukan sahaja membantu orang ramai dan masyarakat yang berkeperluan, tetapi mereka juga menggalakkan budaya penyayang dan memberi di kalangan masyarakat Malaysia.

 

Penglibatan Uncle Kentang telah mendapat perhatian ramai, terutamanya semasa COVID-19, kerana sumbangannya yang tidak berkesudahan, pengorbanannya yang tidak terhingga, hal ini menyebabkan popularitinya semakin meningkat dalam kalangan masyarakat Malaysia.

 

Orang ramai turut menyalurkan bantuan dan menderma kepada Uncle Kentang.  Dengan sokongan orang ramai, Uncle Kentang terus menyebarkan perkhidmatan ambulans percuma ke seluruh negara semasa wabak COVID-19.


 

parafrasa

 


Contohnya, wang tunai yang beratus ribu dapat dikumpulkan untuk membeli lebih banyak ambulans dalam beberapa hari, selepas rayuan untuk sumbangan. 

 

Ini sekali lagi menunjukkan kekuatan media sosial seperti Facebook dan sumbangan daripada orang ramai yang menyokong usaha-usaha amal.

 

Melalui media sosial, Uncle Kentang telah melancarkan beberapa permintaan untuk derma, dan semakin banyak firma (termasuk The Star, Tropicana Foundation, Joey Mattress, Lalamove, dan banyak lagi) telah bergabung tenaga dengan Uncle Kentang untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. 

 

Baru-baru ini Prasarana telah menawarkan Uncle Kentang salah satu ruang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di salah sebuah stesen LRTnya untuk membina kedai 10 sen.


 

parafrasa

 


KONTROVERSI

Isu mengenai salah urus derma orang ramai oleh Uncle Kentang baru-baru ini telah mendapat perhatian umum dan menimbulkan kebimbangan orang ramai.

 

Hal ini turut menjejaskan imej Pertubuhan Uncle Kentang. Isu bermula apabila Uncle Kentang didakwa menawarkan kereta kepada seorang wanita yang mempunyai barangan berjenama dengan harga RM1, netizen mempersoalkan motif beliau.

 

Dia mempertahankan tindakannya, tetapi isu itu masih belum terselesai. Netizen mula risau berkenaan dengan ke mana sebenarnya sumbangan mereka.

 

Uncle Kentang baru-baru ini mengadakan sidang akhbar dengan China Press untuk menjelaskan keadaan.

 

Namun, beliau tidak dapat menawarkan jawapan yang manasabah untuk menjawab pertanyaan netizen.

 

Keadaan menjadi lebih serius, apabila lebih ramai individu mula meminta laporan kewangan dan maklumat penderma.


 

parafrasa

 


Beberapa komen peminat Uncle Kentang di laman Facebook telah dipadam atau dihalang, hal ini juga menimbulkan kekecewaan orang ramai.

 

Dengan segala usaha-usaha amal yang dilakukan, Uncle Kentang harus bertanggungjawab kepada pemegang taruh untuk mengekalkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai.

 

Amalan tadbir urus yang baik mesti diguna pakai dan dilaksanakan oleh badan amal untuk memastikan aset dan dana amal dilindungi, diurus dan diakaunkan dengan berkesan.

 

Salah urus boleh memberi kesan besar terhadap kemampanan badan amal, oleh itu tadbir urus korporat dan akauntabiliti awam adalah penting.

 

Menjamin proses perakaunan pengurusan yang berkesan, serta keupayaan untuk menganalisis dan merancang program, akan membantu dalam penciptaan nilai pemegang taruh.


 

parafrasa
Uncle Kentang memberi kenyataan kepada media berbahasa Cina awal bulan ini. - Gambar China Press

 


Penderma akan mempunyai kepercayaan terhadap wang yang telah mereka dermakan jika terdapat ketelusan dan akauntabiliti bersama dengan prosedur pendedahan yang kukuh dalam pengurusan kewangan.

 

Badan-badan amal mesti mengikut piawaian perakaunan dan kewangan yang kukuh sebagai komponen tadbir urus yang baik, untuk terus berkembang dalam jangka panjang.

 

Badan-badan amal mesti menjadi pengurus yang bertanggungjawab terhadap dana yang ditawarkan kepada mereka dan memastikan ia digunakan untuk tujuan yang dimaksudkan.

 

Kesimpulannya, teknik pengurusan kewangan yang berkesan adalah jauh lebih penting untuk daya maju dan prestasi jangka panjang buat badan-badan amal.

 

Badan-badan amal harus lebih bertanggungjawab dan memberikan maklumat pelaporan kewangan yang tepat kerana mereka bergantung kepada derma dan sumbangan orang ramai untuk berterusan.   

 

Oleh itu, penggunaan perakaunan dana, mampu menghasilkan laporan kewangan yang berkualiti tinggi.

 

Perakaunan dana ialah jenis perakaunan yang boleh digunakan oleh mana-mana badan amal, tanpa mengira rangka kerja pelaporan kewangan yang mereka gunakan atau saiz organisasi mereka.


 

parafrasa

 


Asas perakaunan dana ialah penciptaan beberapa dana yang berbeza untuk tujuan perakaunan.

 

Setiap dana mempunyai sumber masuk sendiri, atau pendapatan dan perbelanjaan, serta aset dan liabilitinya sendiri.

 

Setiap dana juga dikendalikan secara berasingan daripada yang lain. Perakaunan dana, seperti namanya, membenarkan badan amal melaporkan hasil, perbelanjaan dan baki setiap dana secara berasingan, terutamanya untuk aktiviti operasi.

 

Apabila beberapa dana dibentuk dengan fungsi dan matlamat yang berbeza, dana perakaunan boleh membantu badan-badan amal merekodkan setiap hasil dan perbelanjaan.

 

Ini membolehkan badan amal menjejaki kuantiti tunai yang diterima, bagaimana tunai dibelanjakan, dan berapa banyak baki tunai dalam pengurusan dana.

 

Perakaunan dana membantu badan-badan amal menyediakan laporan kewangan yang menyeluruh. 

 

Ia merangkumi pengurusan dana seperti bagaimana dan di mana wang dalam setiap dana dibelanjakan.

 

Melalui pelaporan penyata kewangan, pihak pemegang taruh akan dapat gambaran yang jelas berkenaan dengan wang yang digunakan untuk acara, program dan projek tertentu. 


 

parafrasa

 


Hal demikian akan lebih meyakinkan orang ramai supaya turut menyumbang kepada badan-badan amal seperti Uncle Kentang.

 

Memang tidak dapat dinafikan, usaha-usaha amal seperti Uncle Kentang memainkan peranan kritikal dalam  masyarakat kita. 

 

Kita tidak dapat bergantung kepada kerajaan sahaja dalam menjaga kebajikan orang ramai. 

 

Kita turut mengiktiraf cabaran untuk memberi bantuan dan usaha-usaha amal kepada orang yang memerlukan, terutamanya di kawasan luar bandar. 

 

Masyarakat turut memuji usaha-usaha amal dan  dermawan seperti Uncle Kentang, untuk menyalurkan bantuan kepada orang ramai terutamanya pada saat-saat genting.

 

Bagaimanapun, pelaporan dan kawalan kewangan yang kukuh, seperti perakaunan dana, adalah wajar untuk mengelakkan penyelewengan, penyalahgunaan kewangan dan penyalahgunaan sumber dan dana.

 

Keyakinan orang ramai dapat dipertingkatkan melalui ketelusan kewangan dan akauntabiliti, serta membawa kepada usaha amal dalam jangka panjang. – DagangNews.com

 

Prof. Madya Dr Ong Tze San merupakan Pensyarah Kanan di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia.
Prof. Madya Dr Ong Tze San merupakan Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia.