Vestland beri tumpuan kepada projek bernilai lebih RM200 juta, kata Malacca Securities | DagangNews Skip to main content

Vestland beri tumpuan kepada projek bernilai lebih RM200 juta, kata Malacca Securities

oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 30 Jan - Vestland Berhad dijangka memberi fokus kepada projek yang bersaiz lebih besar dengan nilai melebihi RM200 juta pada masa akan datang.

 

Malacca Securities berkata, fokus itu dibuat kerana projek dengan nilai berkenaan akan memberikan skala ekonomi yang lebih besar.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu juga menyasarkan projek berkaitan kerajaan daripada Kementerian Pertahanan dan Menteri Kerja Raya bagi projek infrakstruktur seperti bangunan pejabat, skolah, hospital dan kemudahan bagi polis serta tentera.

 

"Projek sosial kerajaan secara tradisinya menawarkan kutipan pembayaran yang lebih baik dan lebih cepat," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu secara prinsipnya terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pembinaan bangunan dan segmen reka bentuk serta binaan untuk kedua-dua projek bangunan bukan kediaman dan projek bangunan kediaman di seluruh Malaysia.

 

Katanya, kumpulan itu juga berkembang untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan awam sejak 2021.

 

Firma itu berkata, bagi 6MFY22, segmen reka bentuk dan binaan menyumbang kepada 65.8% atau RM92.1 juta daripada jumlah hasil, diikuti oleh segmen binaan yang menghasilkan sehingga RM45.5 juta atau 32.5% daripada jumlah hasil dan segmen kerja kejuruteraan awam meraih RM2.3 juta (1.7% daripada jumlah hasil).

 

"Sepanjang tiga tahun yang lalu, komposisi hasil telah berubah dengan segmen reka bentuk dan binaan menguasai jumlah hasil," katanya.

 

Firma itu berkata, kumpulan itu memiliki tempahan tertunggak sebanyak RM947.4 juta merentasi semua tiga segmen yang akan memberikan keterlihatan pendapatan yang kukuh sehingga 2026. 

 

Katanya, tempahan tertunggak mewakili nisbah yang kukuh sebanyak 5.5x berbanding hasil FY21 sebanyak RM171.1 juta.

 

Firma itu memberikan nilai wajar sebanyak 47 sen (potensi 30.3% peningkatan daripada tawaran awam permulaannya (IPO). - DagangNews.com