Belajar ilmu berjual beli saham dengan individu bertauliah | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
CIKGU SAHAM - 30 Mar 2021 08:00 AM

Belajar ilmu berjual beli saham dengan individu bertauliah

 

UMUM ketahui bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah beberapa kali menyenarai hitam beberapa individu dan syarikat yang aktif memberikan pendidikan tentang pelaburan saham Bursa Malaysia.

 

Tidak dinafikan iklan-iklan mempromosikan kelas-kelas dan seminar saham anjuran individu-individu ini agak tersebar luas di media sosial sehinggakan ada yang telah mendapat liputan di media cetak.

 

Dengan tindakan Suruhanjaya Sekuriti menyekat mereka dari memberikan pendidikan tentang pelaburan saham Bursa Malaysia agak memeranjatkan warga saham media sosial yang sudah sinonim dengan kelas-kelas dan iklan seminar mereka ini.


 

cikgusaham

 

Ada di antaranya merupakan individu-individu yang merupakan tenaga pengajar pelaburan saham yang telah menjalankan aktiviti dalam penyebaran seminar dan kelas saham bertahun-tahun lamanya dan juga penganjuran kelas mereka ini diadakan secara skala besar.

 

Individu-individu ini juga menganjurkan kelas-kelas dan seminar tentang pelaburan saham yang mana promosi atau pengiklanan kelas dan seminar mereka ini kerap muncul di media sosial.

 

Terdapat berbagai nama yang digunakan untuk menarik orang ramai menyertai kelas dan seminar saham anjuran mereka.



Ada penganjur atau penceramah yang tidak memberikan latar belakang, profil dan gambar.



 

 


 

cikgusaham

 

Kenapa mereka disekat oleh Suruhanjaya Sekuriti dari menganjurkan kelas dan seminar saham walhal individu atau syarikat-syarikat tersebut telah lama menganjurkan kelas-kelas saham?

 

Suruhanjaya Sekuriti mempunyai satu garis panduan dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pasaran modal. Sudah tentu Suruhanjaya Sekuriti mempunyai sebab dan alasannya sendiri untuk mengenakan sekatan ke atas individu-individu dan syarikat yang tidak mempunyai lesen yang sah dalam memberikan pendidikan tentang pelaburan saham Bursa Malaysia.

 

Terdapat banyak sebab atau alasan yang menyebabkan Suruhanjaya Sekuriti menyekat kegiatan individu dan syarikat ini dari menganjurkan kelas saham. Alasan yang utama sekali ialah mereka tidak memiliki lesen yang sah yang diperlukan dalam pasaran modal.

 


Ia amat penting untuk menjaga kepentingan orang ramai. Sekiranya tenaga pengajar merupakan wakil peniaga berdaftar atau yang mempunyai lesen dalam pasaran modal maka mudahlah orang ramai berurusan dan setidak-setidaknya dapat membendung kegiatan salah laku di kemudian hari.

 


Sebagai contoh setelah orang ramai hadir kelas pembelajaran saham yang mana tenaga pengajarnya merupakan wakil peniaga berdaftar, mereka boleh terus buka akaun CDS (Central Depository System) dan kemudiannya diletakkan di bawah wakil peniaga berdaftar itu sendiri.

 


Orang ramai juga akan merasa lebih selamat kerana mereka berdaftar terus dengan syarikat broker saham yang dibawah kawalan dan seliaan Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

 

cikgusaham


 

Berbanding dengan individu yang tidak dikenali yang dengan tiba-tiba muncul menawarkan perkhidmatan nasihat pelaburan, pendidikan tentang pelaburan saham serta khidmat nasihat saham.

 


Oleh kerana Suruhanjaya Sekuriti memberikan beberapa garis panduan atau do and dont's kepada wakil peniaga berdaftar maka Suruhanjaya Sekuriti juga memantau kegiatan pengendali seminar atau tenaga pengajar yang tidak bertauliah ini.

 



Sekatan atau larangan yang dikenakan kepada individu dan syarikat ialah berdasarkan dari sebab-sebab berikut dari kaca mata Cikgu Saham:

1. Orang ramai boleh berurusan terus dengan syarikat broker saham yang mana syarikat broker saham itu sendiri ibarat sekolah atau universiti saham. Boleh terus bertanya kepada pegawai perhubungan atau wakil peniaga berlesen kerana mereka sememangnya bekerja atau ditempatkan di syarikat broker saham.



2. Mengelakkan dari terjadi apa-apa perkara seperti penutupan syarikat pengendali kelas saham. Maka tidak lagi dapat tempat rujukan.



3. Sifu-sifu saham menghilangkan diri sewaktu pasaran saham jatuh. Tiada lagi sumber maklumat atau pembelajaran berterusan.



4. Mengelakkan diri dari menjadi mangsa manipulasi saham oleh orang-orang yang menggunakan pengikut fan page atau kumpulan saham untuk membeli saham-saham yang mereka ingin menjualnya di pasaran terbuka.



5. Mengelakkan diri dari mendapat ilmu atau maklumat yang kurang tepat atau salah. Ini disebabkan individu atau syarikat pengendali kelas atau seminar saham tidak diwajibkan hadir kursus kendalian Bursa Malaysia.

 

 

Sesetengah pengendali seminar atau kelas saham tidak dinafikan mengenakan yuran pembelajaran saham yang agak tinggi. Ia tidak sepadan dengan pengalaman, kepakaran malah terdapat juga yang tidak memberikan pengenalan atau profil diri.

 



Terdapat juga yang tidak menyertakan gambar penceramah dan menggunakan profil samaran. Ia lebih ketara di dalam kumpulan-saham saham Facebook, Telegram dan WhatssApp.
 

 

cikgusaham

 


Semoga dengan pantauan pihak Suruhanjaya Sekuriti dapat memberikan yang terbaik di samping melindungi orang awam dari perkara-perkara yang tidak diingini di kemudian hari.

 


Dan kepada pengendali kelas atau seminar saham serta sesiapa sahaja yang ingin menjadi penceramah pelaburan saham Bursa Malaysia boleh merujuk kepada Suruhanjaya Sekuriti dan dapatkan pandangan dan nasihat dahulu kerana jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

 

BACA JUGA : 2 TAHUN BELAJAR SAHAM DENGAN GURU YANG SAMA

 

 

Cikgu Saham Zuraida juga merupakan penulis buku saham "Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham'. Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku ini boleh menghubungi talian 017-308 4787.

 

KOLEKSI CIKGU SAHAM:

Tidak susah hendak memahami kaedah dagangan kontra saham 

Waspada jangan gelojoh - peringatan kepada newbie saham

Panduan untuk kawal emosi semasa berurus niaga saham

SERBA TAK KENA BILA BERJUAL BELI SAHAM

Jangan panik semasa bursa tidak menentu

Dagangan tinggi tidak semestinya bermakna saham akan naik juga

Apakah kesan ke atas Bursa Malaysia bila tercetus kerajaan mahu perketat semula PKP?