NUJ, Geramm bantah tindakan Fahmi memarahi laporan analisis ekonomi negara Berita Harian | DagangNews Skip to main content

NUJ, Geramm bantah tindakan Fahmi memarahi laporan analisis ekonomi negara Berita Harian

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 31 Mac - Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Semenanjung Malaysia membantah sekeras-kerasnya tindakan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang telah memarahi laporan analisis Berita Harian mengenai kadar dasar semalaman (OPR).

 

Setiausaha Agung NUJ, Teh Athira Yusof berkata, laporan Berita Harian itu adalah unjuran OPR yang memetik pakar kewangan yang merupakan liputan berita biasa oleh agensi media dan portal di seluruh negara.

 

"Ia juga menjadi kebiasaan bagi agensi media untuk turut sama menghebahkan berita masing-masing platform media sosial yang terbuka kepada orang ramai dalam menyampaikan berita terkini.

 

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap media, Fahmi sepatutnya sedar mengenai amalan biasa ini
di mana media akan menyiarkan cerita berdasarkan pendapat dan unjuran industri pakar.

 

"Tindakannya hari ini menjejaskan cerita BH, yang disiarkan dan dipautkan ke Facebook, dan mengulas cerita itu sebagai pembohongan boleh membawa persepsi negatif masyarakat kepada media," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 

Komen menteri itu juga dilaporkan oleh sebuah portal, Malaysia Now bertajuk, “Fahmi up in arms over report on possible OPR hike". Artikel itu juga memetik pengguna FB berdasarkan komen bahawa mereka memahami penggunaan perkataan, "dijangka" dalam kemas kini satu baris pada Facebook BH.

 

"Di manakah kebebasan akhbar seperti yang dijanjikan oleh kerajaan baharu jika menteri media itu sendiri melabelkan artikel oleh media tempatan mengenai unjuran kewangan sebagai "fitnah?"

 

"NUJM berharap menteri dapat lebih memahami cerita yang disampaikan oleh media tempatan sebagai sumber berita yang boleh diharap, dipercayai dan boleh dipercayai di negara ini," kata NUJM.


 

tnb

 


Sementara itu, Gerakan Media Merdeka (Geramm) ambil maklum tindakan Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil yang tidak berpuas hati dengan salah satu FB posting akhbar Berita Harian hari ini.

 

Posting terbabit berkaitan artikel memetik pandangan penganalisis kewangan yang menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada bulan Julai.

 

"Geramm berpandangan tindakan secara terbuka melabelkan posting Berita Harian sebagai "fitnah" adalah bentuk ancaman terhadap kebebasan media.

 

"Tindakan ini juga jelas tidak selari dengan janji-janji kebebasan media yang sering diucapkan sebelum ini," katanya dalam pernyataan di laman facebook rasminya.

 

Menurut Geramm, menteri yang turut merangkap jurucakap kerajaan, boleh mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjelaskan sebarang laporan dalam mana-mana media sekiranya dianggap perlu.

 

"Perlu diingatkan sebarang kenyataan terbuka dari pihak menteri terutama di media sosial boleh membuka ruang untuk serangan peribadi (doxxing) terhadap media atau wartawan berkenaan.

 

"Kami Bersolidariti," kata Geramm. - DagangNews.com