Pelajar USIM terima pendedahan mengenai media elektronik bersama DagangNews.com | DagangNews.com Skip to main content

Pelajar USIM terima pendedahan mengenai media elektronik bersama DagangNews.com

Dr Afiqah Mior Kamarulbaid (duduk, kiri) dan Johardy Ibrahim bersama para pelajar yang menyertai sesi `bersembang' mengenai media elektronik di kampus induk USIM, Nilai di Negeri Sembilan pada 25 Januari 2023.

NILAI 25 Jan - Pelajar-pelajar tahun dua Komunikasi Media Baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengadakan sesi sembang bersama Pengarang Urusan DagangNews.com, Johardy Ibrahim.

 

Sesi yang dikendalikan oleh Pensyarah Kanan, Dr Afiqah Mior Kamarulbaid itu bertujuan mendedahkan para pelajar mengenai perkembangan dan kedudukan semasa industri media elektronik.

 

Sesi hampir tiga jam itu menyaksikan para pelajar mengemukakan pelbagai persoalan berkaitan industri media, termasuk soal berita palsu dan pengesahan berita serta cabaran media cetak dan masa depan media elektronik.

 

"Kami gembira dapat berinteraksi dengan para pelajar universiti seperti USIM ini, kerana ia membolehkan kami menyampaikan terus kehendak-kehendak dan jenis artikel yang dimahukan daripada pelajar.

 

"Sebelum ini pun kami telah melaksanakan program seumpamanya dengan beberapa universiti di Lembah Klang dengan matlamat untuk mendekatkan para pelajar dengan industri media," kata Johardy. - DagangNews.com