Uzma raih kontrak bernilai RM70 juta bekal LNG kepada kilang NDP Paper di Banting | DagangNews Skip to main content

Uzma raih kontrak bernilai RM70 juta bekal LNG kepada kilang NDP Paper di Banting

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 31 Mac - Uzma Berhad menerusi anak syarikatnya, Uzma LNG Sdn. Bhd. memeterai Perjanjian Pembekalan Gas Asli Cecair (LNG) bersama ND Paper Malaysia (Selangor) Sdn. Bhd. 

 

Menerusi kontrak bernilai RM70 juta itu, Uzma akan membekalkan LNG menerusi talian paip kepada kilang NDP di Banting, Selangor.

 

"Tempoh kontrak tersebut adalah selama dua tahun bermula 15 Mac 2023 hingga 14 Mac 2025.

 

"Bagaimanapun, kontrak tersebut bergantung kepada LNG yang dibekalkan dan harga pasaran semasa ketika penghantaran dilakukan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

 

Faktor risiko yang berpotensi termasuk risiko operasi dan pelaksanaan projek, jadual kerja, garis masa penghantaran dan keadaan cuaca buruk.

 

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 dan seterusnya sehingga tamat kontrak.

 

Tiada pengarah dan/atau pemegang saham utama dan/atau orang yang berkaitan dengan pengarah dan/atau pemegang saham utama Uzma mempunyai sebarang kepentingan secara langsung atau tidak langsung dalam kontrak itu. - DagangNews.com