Perlukah BN tergesa-gesa untuk adakan PRU Ke-15? | DagangNews Skip to main content

Perlukah BN tergesa-gesa untuk adakan PRU Ke-15?

Oleh AKAR UMBI
 

 

TULISAN ini mungkin agak berlainan sedikit dari pandangan umum bahawa BN kena adakan PRU segera memandangkan feel good factor dan mood kepada BN di tahap yang terbaik.

 

Tok Mat sendiri buat kenyataan di media bahawa dia sudah nyatakan hasrat jentera parti kepada YAB PM dan disambut oleh beberapa pemimpin tertinggi BN. Cadangannya adalah PRU ke 15 kena diadakan segera kerana sokongan rakyat sudah swing kepada BN.

 

Sejauh mana kemenangan di PRN Melaka akan mencerminkan sikap pengundi di seluruh negara dalam PRU ke 15?

2. Tidak dapat dinafikan gelombang biru BN telah mencetuskan tsunami Melayu swing kepada BN di PRN Melaka. Namun, hendaklah kita juga teliti dalam-dalam. Pengundi Melayu di Melaka adalah majoriti pengundi luar bandar yang memang secara tradisi pun pengundi BN.

 

Baik dalam persepsi positif atau negatif kepada BN di peringkat nasional, pengundi tradisi BN tetap mengundi BN. Inilah kekuatan BN. BN memiliki voter based yang kuat di luar bandar.

 

Tetapi untuk mengharapkan semua pengundi tradisi/pengundi luar bandar kita sahaja mengundi BN tidak cukup untuk memberikan BN majoriti membentuk Kerajaan Persekutuan kalaupun MCA dan MIC bagaikan sudah kebah dari demam panas yang panjang.

 

3. Kerusi Parlimen luar bandar BN akan berikan BN fixed deposit dalam PRU - 15. Dijangka 80 kerusi Parlimen ke 90 kerusi Parlimen boleh dimenangi BN dengan MN atau tanpa MN. 

 

Ini bukan bacaan politik yang mendabik dada. Terbukti BN lebih efektif tanpa ganggu gugat rakan koalisi yang tidak sependapat dalam mengurus agihan kerusi. Tetapi kerusi tradisi ini tidak menjanjikan BN untuk membentuk 'simple majority' bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

 

4. Kejayaan BN Melaka tidak semestinya adalah cerminan kepada kejayaan BN di peringkat Pusat. Kerajaan Negeri Melaka yang ditunjangi oleh Ketua Menteri dari UMNO sekurang-kurangnya telah diberikan cukup masa untuk membuktikan bahawa UMNO dan BN boleh kekalkan kestabilan pentadbiran di peringkat Kerajaan Negeri Melaka.

 

Apakah sentimen di Melaka itu terpakai kepada YAB Perdana Menteri dan Menteri-Menteri dari BN?

Barang diingat, YAB Perdana Menteri belum pun lagi lepasi 100 hari pentadbiran. Sudahkah kita teliti bagaimana penerimaan rakyat Malaysia secara keseluruhan? 

 

Kita bukan nak mengangkat Ketua Menteri, ini tugasan berat untuk menabalkan Perdana Menteri selepas PRU ke 15.

 

Menteri BN di peringkat Persekutuan baru sahaja nak start enjin selepas pembentangan Bajet 2022. 

 

Tak sempat nak turun ke rakyat lagi, alih-alih dah PRU ke 15? 

Jangan kita mudah membuat perbandingan sokongan di Melaka kepada sokongan di peringkat Kerajaan Persekutuan. 

 

Isu di peringkat nasional lebih kompleks dari isu di negeri. 

 

CADANGAN

5. Sebaiknya biarlah perancangan Keluarga Malaysia YAB Perdana Menteri dirasai oleh setiap rakyat Malaysia di seluruh negara. 

 

Segala perancangan YAB PM dalam Bajet 2022 akan roll out dalam suku pertama dan suku kedua 2022, ini adalah masa dan waktu yang penting untuk PM dari BN tunaikan janji kepada rakyat. Bahawa Keluarga Malaysia ini bukan sekadar slogan. Rakyat sedang menilai.

 

Menteri-Menteri dari BN juga akan turut sama membawa kempen ini ke seluruh negara dengan program-program mesra rakyat selari dengan semangat Keluarga Malaysia.

 

Pelaksanaan perlukan masa. Bukanlah kita minta sehingga bertahun-tahun lamanya. Sekurang-kurangnya memerlukan 6 bulan bagi melihat keberkesanan pelaksanaan jika tidak 12 bulan.

 

6.Bagi sokongan kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kita sebagaimana dia telah membawa imej yang sangat baik di mata rakyat kepada BN. Tiba masa BN membalas budi YAB PM setelah beliau menjadi ikon untuk parti sejak dari kerjasama politik BN dan rakan koalisi lain ke dalam Kerajaan.

 

YAB PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ini melambangkan:

1. Imej bersih 
2. Family man 
3. Kestabilan 
4. Peningkatan ekonomi
5. Politik nilai

 

Ini kualiti dari seorang Perdana Menteri BN yang kita mahukan. Takdir Allah telah memberikan kita Dato Seri Ismail Sabri untuk membersihkan imej BN yang tercalar dari tohmahan pembangkang.

 

Jangan kita tergopoh-gapah membuat telahan untuk segerakan PRU -15 kerana takut nanti menang sorak undi tergadai.

 

Wallahua'lam.

 

Akar Umbi
Kuala Lumpur