Misi sulit tubuhkan Telco kedua hapuskan monopoli | DagangNews Skip to main content
DagangNews.com
WAINUIOMATA - 13 May 2021 07:30 AM

Misi sulit tubuhkan Telco kedua hapuskan monopoli

 

SETELAH bekerja di DuTel dibawah PCFC sebagai ketua pegawai operasi, saya ditugaskan untuk mewancara anak syarikat PCFC dan syarikat dibawah zon bebas yang sebanyak 4,000 lebih. Untuk bertanya, perlukah mereka kepada syarikat telekomunikasi yang baru dan moden?

 

Syarikat dibawah zon bebas adalah pengguna Etisalat yang terbesar dengan kutipan bulanan hampir 40% dari kutipan bulanan Etisalat.

 

Pihak DuTel ingin memasuki bisnes telekomunikasi kerana pendapatan yang stabil dan monopoli Etisalat masa itu masih bertahan. Etisalat adalah kepunyaan kerajaan UAE yang memegang 60% saham dalam syarikat dan 40% selebihnya diperdagangkan secara terbuka.

 

Etisalat adalah penyedia perkhidmatan berasaskan telekomunikasi, kini beroperasi di 15 negara di seluruh Asia, Timur Tengah dan Afrika.

 

Sehingga Februari 2014, Etisalat adalah pengendali rangkaian mudah alih ke-14 terbesar di dunia, dengan jumlah pelanggan melebihi 167 juta. Ini adalah satu-satunya penyedia bersih di UAE.

 

Etisalat dinobatkan sebagai syarikat paling berkuasa di UAE oleh Forbes Middle East pada tahun 2012.

 

Pada 31 Disember 2015, Etisalat melaporkan hasil gabungan AED51.7 bilion dan keuntungan bersih AED8.3 bilion. Jumlah permodalan pasaran syarikat pada masa ini adalah AED87.7 bilion.

 

Etisalat adalah salah satu hab internet di Timur Tengah yang menyediakan hubungan dengan operator telekomunikasi lain di rantau ini. Ia juga merupakan pembawa trafik suara antarabangsa terbesar di Timur Tengah dan Afrika dan pembawa suara ke-12 terbesar di dunia.

 

wainuiomata
Menara Etisalat di Dubai seperti ada bola golf pada bumbungnya.

 

Sehingga Oktober 2008, Etisalat mempunyai 510 perjanjian perayauan yang merangkumi 186 negara dan membolehkan BlackBerry, 3G, GPRS dan perayauan suara.

 

Etisalat mengendalikan Points of Presence (PoP) di New York, London, Amsterdam, Frankfurt, Paris dan Singapura. Pada Disember 2011 Etisalat mengumumkan pelancaran komersial Etisalat 4G LTE Network.

 

Bukan senang untuk menubuhkan syarikat sebesar Etisalat dan kami hanya mahu bisnes di wilayah Dubai. Mahu mengambil alih dari Etisalat sedikit demi sedikit sebelum meluas ke UAE.

 

Kami banyak tahu kelemahan Etisalat kerana syarikat yang besar pasti ada kekurangan. Hampir setiap hari kami menyimpan maklumat berkenaan kekurangan Etisalat dari pelbagai pihak. Banyak yang tidak kena dengan monopoli dan memerlukan syarikat baru untuk memastikan ada saingan.

 

Pertamanya, kami perlu meminta izin dari CEO PCFC untuk mewancara semua anak syarikat PCFC dan syarikat zon bebas. Kami dibawa bertemu kesemua pengarah PCFC yang bersidang.

 

Pada waktu ini, DuTel adalah dibawah Raja Dubai, Sheikh Mohamad Al Maktoum.

 

Selepas bersoal jawab dengan pengarah, kami berdua dengan Dr Osama bertemu dengan CEO PCFC.

 

Percakapan dalam bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Saya faham sikit-sikit bahasa Arab. Kami diingatkan oleh CEO ini adalah misi rahsia yang kalau Etisalat tahu akan jadi satu isu besar. Kami faham.

 

Tugas-tugas untuk mewancara diserahkan sepenuhnya kepada saya manakala Dr Osama menjalankan tugas-tugas untuk pertalian telekomunikasi dan perhubungan dengan banyak pihak yang bertanggungjawab.

 

Bukan misi yang mudah.

 

Saya mengatur untuk bertemu dengan CEO syarikat-syarikat di bawah PCFC terlebih dahulu. Saya telah sediakan soalan-soalan yang perlu ditanya dengan persetujuan Dr Osama.

 

wainuiomata

 

Saya dengan bantuan ketua telekomunikasi PCFC mula mengetuk pintu Pejabat Kastam di bawah PCFC yang besar. Pejabatnya moden dengan staf yang nampak sibuk dengan tugas-tugas. Boleh dikatakan semua Emirati yang berkereta besar dengan gaji juga besar.

 

CEO Kastam menemui saya dan setelah bersoal jawab, menyuruh saya bertemu seseorang. Seorang pegawai muda yang menjaga telekomunikasi.

 

Pejabat Kastam di Dubai ada kira-kira 15 cawangan dan saya terpaksa pergi ke setiap satu untuk mendapatkan maklumat. Berapakah talian telefon, faks dan Internet?

 

Tiada seorang pun tahu dengan pasti!

 

Saya juga dapat membongkar yang talian telefon yang tidak digunakan dan digunakan untuk panggilan bisnes dan secara rahsia. Ada banyak telefon begitu dengan pihak Kastam tidak endah dan mengambil tahu.

 

Saya termenung memikirkan betapa penyelewengan di peringkat Kastam Dubai. Itu belum lain-lain syarikat dibawah PCFC. Berapa banyak dari segi Dirham penyelewengan ini.

 

Ketua telekomunikasi Kastam hanya seorang dari India dan dia juga terkejut.

 

Penggunaan telefon adalah penting untuk komunikasi dan perhubungan. Semua orang pada masa itu dengan telefon dan inilah membuat keuntungan besar Etisalat.

 

Saya baru mewancara pejabat besar atau HQ Kastam sudah terkejut dengan penyelewengan, belum lagi ke pejabat-pejabat yang lain.

 

wainuiomata
PENULIS (dua dari kanan) bersama Yusuf Islam (tengah).

 

Sementara itu, Yusuf Islam mahu mencari rumah sewa dan saya terpaksa menghubungi tuan rumah. Saya mencari tempat yang hampir dengan pejabat iaitu di Umm Suqeim. Banyak rumah yang sesuai dan perlukan persetujuan Yusuf yang berada di London.

 

Dalam dua kerja, saya merasa seronok dengan tugas baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Saya bertugas pada awalnya untuk teknologi maklumat dan hampir melupakan kerja itu! 

 

Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

 

BACA JUGA WAINUIOMATA : Aktif gerakan reformasi 1999, TV3 buang kerja!!!

dan

Polis SB cam penyokong reformasi di Dubai

Dr Othman Yeop beritahu, Dr Mahathir akan datang melawat Dubai

Gergawi tanya : Are you on the take?

Sheikh al Maktoum bagi tugasan mendadak

Terpaksa masuk penjara Dubai bersama Cat Stevens

Pegang 2 jawatan serentak di Dubai, serta uruskan Cat Stevens

Orang Luar Pertama Menjejak Kaki ke Pulau Palma Dubai

Mengurus produksi Mountain of Light Yusuf Islam