Jualan perdagangan borong & runcit Disember 2020 susut 0.3% | DagangNews Skip to main content

Jualan perdagangan borong & runcit Disember 2020 susut 0.3%

Jualan perdagangan borong & runcit

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
arief@dagangnews.com

 

 

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Nilai  jualan  Perdagangan  Borong  &  Runcit susut -0.3% kepada RM115.5  bilion  pada  bulan  Disember  2020.

 

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penurunan tersebut disebabkan oleh     Perdagangan Runcit yang menguncup sebanyak 2.0% kepada -RM0.9 bilion.

 

"Perdagangan Borong juga turun  0.6% (-RM0.3 bilion). Sebaliknya, Kenderaan Bermotor terus merekodkan pertumbuhan positif 7.4% atau peningkatan sebanyak RM0.9 bilion.

 

"Bagi  Disember 2020, indeks volum Perdagangan Borong & Runcit mencatatkan pertumbuhan -0.7% tahun  ke tahun untuk mencapai 133.8 mata.

 

"Kejatuhan ini disebabkan oleh Perdagangan Runcit dan  Perdagangan Borong  yang masing-masing turun 2.9% dan  0.02%. Sebaliknya, Kenderaan Bermotor merekodkan pertumbuhan positif iaitu 6.0%. Bagi indeks volum pelarasan musim, ia meningkat 1.3% bulan ke bulan," katanya dalam laporan jualan Perdagangan Borong & Runcit bagi Disember 2020 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

 

Mohd. Uzir Mahidin
Mohd. Uzir Mahidin 

 

Perdagangan Borong menjana jualan sebanyak RM55.3 bilion pada Disember 2020, turun RM0.3 bilion (-0.6%) berbanding bulan Disember  2019. 

 

Lain-lain Pengkhususan Jualan Borong dan Jual Borong Berdasarkan Kontrak atau Yuran merosot masing-masing  6.4% berbanding tahun sebelumnya. 

 

Bagi perbandingan antara bulan, jualan bagi subsektor ini meningkat  4.8%.

 

Tambah beliau, Indeks volum Perdagangan Borong mencatatkan  131.3 mata, menyusut  0.02% tahun ke tahun. 

 

Pertumbuhan negatif tersebut direkodkan oleh Lain-lain Pengkhususan Jualan Borong (-5.8%) dan Jual Borong Berdasarkan Kontrak atau Yuran (-3.7%). 

 

Indeks volum pelarasan musim pula meningkat  0.7% bulan ke bulan.

 

Dalam aspek perdagangan runcit pula, jualan Perdagangan Runcit mencatatkan pertumbuhan negatif 2.0% berbanding Disember 2019.

 

Kumpulan yang menyumbang kepada penurunan tersebut adalah Jualan Runcit di Kedai Khusus yang Menjual Bahan Api Kenderaan (-10.5%), Jualan Runcit di Kedai Khusus yang Menjual Barangan Lain (-6.4%) dan Jualan Runcit di Kedai Khusus yang Menjual Barangan Kesenian & Rekreasi (-4.9%), berbanding November 2020, jualan bagi subsektor ini meningkat  4.5%.

 

Indeks volum Perdagangan Runcit merekodkan pertumbuhan  -2.9% kepada  145.3 mata berbanding Disember 2019.

 

Kumpulan  yang menyumbang  kepada  pertumbuhan  itu ialah Jualan Runcit di Kedai Khusus yang Menjual Bahan Api Kenderaan (-9.1%), Jualan  Runcit  di  Kedai  Khusus  yang  Menjual  Barangan  Lain (-7.7%) dan Jualan Runcit di Kedai Khusus yang Menjual Barangan Kesenian & Rekreasi (-5.5%). 

 

Bagi indeks volum pelarasan musim, ia meningkat  0.9% berbanding November 2020.

 

Sementara itu, kenderaan bermotor pula mencatatkan pertumbuhan nilai jualan 7.4% berbanding tahun lalu.

 

"Peningkatan tersebut didorong oleh Jualan Kenderaan Bermotor yang mencatatkan pertumbuhan  15.3% dan Jualan, Penyelenggaraan & Pembaikan Motosikal  6.9%. Bagi perbandingan bulanan, jualan subsektor ini meningkat  4.4%.

 

"Indeks volum Kenderaan Bermotor tumbuh  6.0% tahun ke tahun untuk mencapai  108.9 mata. Kenaikan ini disumbangkan oleh Jualan Kenderaan Bermotor (16.1%) dan Jualan, Penyelenggaraan & Pembaikan Motosikal (6.6%). 

 

"Indeks volum pelarasan musim bagi subsektor ini meningkat  4.6% bulan ke bulan," katanya lagi. - DagangNews.com