Skip to main content
Kolum CIKGU SAHAM - 20 April 2021

KAWAL EMOSI SEMASA MELIHAT PORTFOLIO SAHAM MEROSOT

 

LAZIMNYA, sesiapa sahaja yang baharu mula menceburkan diri dalam urus niaga saham di pasaran saham Bursa Malaysia akan merasa risau dan adakalanya tertekan apabila melihat harga saham yang dibeli itu jatuh. Kejatuhan tersebut sama ada kecil atau besar mampu membuatkan sesiapa sahaja tidak senang duduk. Apatah lagi sekiranya melihat potfolio pelaburan menunjukkan ROI yang negatif.

 

Untuk mengatasi masalah tekanan perasaan atau mengelakkan emosi terganggu, bakal pelabur atau pedagang saham perlu menggunakan wang lebihan untuk membeli saham. Wang ini merupakan wang yang bukan kegunaan belanja harian atau wang untuk kegunaan sewaktu kecemasan.

 

Membuat kajian atau analisis saham sebelum membeli saham syarikat tersenarai di Bursa Malaysia
Untuk menjadi seorang pedagang atau pelabur saham memerlukan kemahiran membaca carta pergerakan sesuatu saham syarikat untuk melihat potensi kenaikan saham-saham tersenarai yang bakal naik di masa hadapan. Kemahiran membaca pergerakan harga saham boleh diperoleh dengan menguasai ilmu analisis teknikal.

Pedagang saham jangka masa singkat atau sederhana perlu menguasai teknik membaca pergerakan harga saham yang berpotensi naik dalam masa yang singkat. Ini berbeza dengan pelabur saham yang membeli saham untuk pelaburan jangka masa panjang yang perlu menguasai ilmu analisis fundamental lebih dari ilmu analisis teknikal. 

 

Pedagang yang bijak tidak akan membeli mana-mana saham syarikat tersenarai sekiranya dia mendapati daripada pembacaan carta serta asas fundamental syarikat bahawa saham tersebut tiada potensi naik di masa hadapan.

 

Sebagai contoh syarikat tersebut tidak mempunyai apa-apa projek atau penyata kewangan yang sentiasa tidak menunjukkan perubahan.

 

Atau bila rekod mengesahkan syarikat tersenarai tersebut sentiasa mengalami kerugian demi kerugian setiap tahun malah tidak mampu membayar dividen tahunan kepada pemegang saham.

 

 

panic

 

 

Ilmu analisis teknikal pula lebih sesuai digunakan untuk dagangan jangka masa pendek dan sederhana. Walau bagaimanapun ia juga boleh diguna pakai untuk pegangan saham untuk jangka masa panjang.  

 

Biasanya masalah yang timbul ialah apabila pedagang saham telah membuat kajian ke atas sesuatu saham syarikat tersenarai yang dibeli berpandukan ilmu analisis teknikal dan fundamental, harga saham tersebut merosot, keyakinan pelabur mula luntur.

 

Semasa pasaran mengalami kejatuhan, pengambilan untung mahupun pembetulan harga, keyakinan pedagang saham akan tergugat lebih-lebih lagi apabila mereka melihat harga saham tersebut merosot hampir setiap hari.

 

Cikgu Saham mendapati kebanyakan newbie tidak yakin dengan apa yang mereka telah pelajari semasa menghadiri seminar atau kursus pendidikan tentang pelaburan saham, ilmu analisis dan teknikal.

 

Dalam situasi apabila beli saham dan kemudian harga merosot, kebanyakan newbie hanya mengambil tindakan untuk menjual saham tersebut kerana khuatir sekiranya mereka tidak menjualnya ditakuti harga saham tersebut akan jatuh lagi di masa hadapan.

 

 

cikgusaham

 

 

Menjual saham yang harganya semakin merosot dengan tujuan untuk meminimumkan kerugian hanyalah merupakan salah satu tindakan apabila pegangan saham di dalam portfolio merosot. Ia bukanlah satu-satunya tindakan yang perlu diambil oleh semua pedagang saham kerana tindakan menjual saham yang sedang jatuh boleh digantikan dengan tindakan membiarkan sahaja. Atau dengan kata mudah menjadikan pegangan saham tersebut sebagai satu pelaburan untuk jangka masa panjang.

 

Melainkan sekiranya kita yakin bahawa saham syarikat tersenarai yang dibeli itu tidak berupaya naik di masa hadapan disebabkan setiap kali penyata kewangan dikeluarkan, syarikat tersenarai itu mengalami kerugian demi kerugian ataupun saham syarikat tersenarai itu tidak mempunyai potensi di masa hadapan.

 

Sudah tentulah sebelum mengambil apa-apa tindakan untuk melupuskan pegangan saham, kajian terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mengelakkan dari membuat kesilapan yang menjurus kepada kerugian. - DagangNews.com

 

Cikgu Saham Zuraida juga merupakan penulis buku saham "Dunia Saham Dari Perspektif Cikgu Saham'. Kepada yang berminat boleh mendapatkan buku ini dengan menghubungi talian 017-3084787

 

 

KOLEKSI CIKGU SAHAM:

MELABUR SECARA SISTEMATIK, BERMAKLUMAT DAN TENANG

NEWBIE SAHAM LEBIH GEMAR BELI SAHAM IKUT BUY CALL

Belajar ilmu berjual beli saham dengan individu bertauliah

2 TAHUN BELAJAR SAHAM DENGAN GURU YANG SAMA

Tidak susah hendak memahami kaedah dagangan kontra saham 

Waspada jangan gelojoh - peringatan kepada newbie saham

Panduan untuk kawal emosi semasa berurus niaga saham

SERBA TAK KENA BILA BERJUAL BELI SAHAM

Jangan panik semasa bursa tidak menentu

Dagangan tinggi tidak semestinya bermakna saham akan naik juga

Apakah kesan ke atas Bursa Malaysia bila tercetus kerajaan mahu perketat semula PKP?

 

 

 

 

 

Portfolio Tags