Skip to main content
DagangNews.com
Kolum WAINUIOMATA - 27 May 2021

Orang Rompin di Dubai buat Sultan Pahang ketawa

 

DALAM kesibukan antara dua kerja yang menyeronokkan saya sering bersama para sahabat di Dubai. Pada waktu itu masih boleh dikira rakyat Malaysia yang bekerja dan ada yang berniaga.

 

Rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa dengan kebanyakan bekerja dengan Emirates, Etisalat dan beberapa buah bank.

 

Ada juga syarikat pelancongan, kewangan dan telekomunikasi serta lain-lain syarikat. Pada masa itu belum ada syarikat Malaysia yang datang sebagai kontraktor pembinaan.

 

Saya masih ingat kami sangat rapat dengan anak-anak yang masih saling menumpang tidur di setiap hujung minggu. Sentiasa berhubung walaupun zaman itu, Facebook dan WhatsApp masih belum ada lagi.

 

Semakin ramai rakyat Malaysia yang datang bekerja di UAE dan kami berkenalan dengan mesra. Selalunya mereka mencari kami sebagai senior.

 

Saya sempat mengadakan grup atas talian melalui yahoogroup iaitu Malaysians in UAE.

 

Dalam kesibukan pada waktu itu, saya berkesempatan dan ditakdirkan menemui Almarhum DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah di satu majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran seorang ahli perniagaan Cina di Dubai.

 

 

wainuiomata
Almarhum Sultan Ahmad Shah bersama Sultanah Kalsom di satu majlis di Kuala Lumpur. Kini Sultanah bergelar Cik Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah.

 

 

Saya bergegas pergi dengan famili untuk hadir. Cepat dari biasa. Anak-anak yang sentiasa gembira terus bermain dengan anak-anak kawan. Kami berbual dan bersembang dahulu pada hari Jumaat rasanya.

 

Pada mulanya selepas asar kami sudah tiba.

 

Baginda tiba dalam kesesakan jalan raya yang menjadi punca mengapa baginda lewat. Saya tidak percaya, Dubai bukan Kuala Lumpur yang sentiasa kesesakan. Tiada kesesakan di Dubai waktu itu dengan kenderaan sentiasa dikawal.

 

Saya menunggu kedatangan baginda dengan Sultanah Kalsom dan perwakilan. Kebetulan tok penghulu Rompin ada sama. Kami gembira dapat bertemu kerana dia juga saudara mara.

 

Cepat dibawa ke tempat makan yang terletak di tengah. Baginda pun mengambil makanan, dibantu oleh Sultanah.

 

Saya cepat memotong.

 

Saya hulurkan pinggan kepada baginda.

 

Sultan Pahang terkejut. Mukanya berubah dan agak kelu. Tidak tahu untuk buat apa.

 

"Sudikanlah hidangkan untuk saya!"

 

Masa itu Duta Malaysia ke UAE ketika itu, Datuk Seri Syed Hussein Al-Habshee tidak tahu nak buat apa. Sultan lagi pula. Senyap sunyi jadinya. Masing-masing memandang baginda dan saya. Menanti apakah yang akan terjadi.

 

 

wainuiomata
Syed Hussein Al-Habshee

 

 

Sunyi sepi seketika dan orang ramai memandang tidak berkelip. Saya berdebaran takut juga akan dianggap kurang ajar.

 

"Awak ni siapa?" tanya Sultan Ahmad. Mukanya hairan. Suaranya keras. Baginda memandang dengan terkejut. Agak garang.

 

Orang ramai diam dan kaku. Penampar Sultan sudah siap. Cepat mahu kena di muka. Begitulah di minda. Saya tersenyum. Hati berdebar-debar. Saya melakukannya kerana ingin mencuba. Saya beranikan diri.

 

"Saya dari Rompin. Rakyat tuanku!" Saya menjawab dengan memandang tepat pada baginda. Hati turut merasa ketakutan bimbang dengan perlakuan saya.

 

Baginda Sultan tiba-tiba ketawa. "Oh! Orang Rompin, rakyat saya, mari sini!"

 

Baginda terus menghidangkan makanan untuk saya. Orang ramai ketawa dan senang hati. Lega juga di hati. Kalau tidak mahu penampar sudah hinggap.

 

Majlis terus berlangsung dengan santapan saya `disediakan' oleh Sultan. Dengan bertanya lauk mana yang saya suka.

 

Saya makan dengan Sultan Pahang dan Sultanah. Berbual panjang dan bercerita. Sebagai anak Rompin saya sering mengikuti lawatan Sultan Pahang.

 

Saya terlupa untuk memperkenalkan isteri dan anak-anak.

 

Baginda kenal baik keluarga Diraja Dubai dan kenal dengan Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Kami terus berbual panjang dan bersembang mengenai Rompin yang masih membangun. Rompin adalah daerah terbesar di Pahang.

 

 

wainuiomata
Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum

 

 

Itulah kenangan manis dengan Sultan Pahang di Dubai. Baginda baik dan bertimbang rasa. Hendak beri pingat kebesaran bergelar Dato, saya menolak dengan sebaiknya. Pingat waktu itu dijaga oleh bapa saudara sepupu.

 

Saya tidak mahu dengan gelaran kerana duduk di Dubai dan bekerja. Orang Arab dan Dubai tiada gelaran dengan memanggil nama sahaja walau berjawatan tinggi. Walau setinggi mana jawatan.

 

Dalam pada itu juga kesibukan saya terus dengan dua kerja yang mencabar minda!

 

(BERSAMBUNG)

 

Mohd Fudzail Mohd Nor telah aktif menulis di pelbagai medium termasuk sebagai kolumnis portal berita dan memenangi banyak hadiah sastera selama beliau berkelana di luar negara. Kolum Wainuiomata ini adalah bersempena nama bandar universiti beliau di New Zealand. - DagangNews.com

 

 

BACA JUGA WAINUIOMATA : Aktif gerakan reformasi 1999, TV3 buang kerja!!!

dan

Polis SB cam penyokong reformasi di Dubai

Dr Othman Yeop beritahu, Dr Mahathir akan datang melawat Dubai

Gergawi tanya : Are you on the take?

Sheikh al Maktoum bagi tugasan mendadak

Terpaksa masuk penjara Dubai bersama Cat Stevens

Pegang 2 jawatan serentak di Dubai, serta uruskan Cat Stevens

Orang Luar Pertama Menjejak Kaki ke Pulau Palma Dubai

Mengurus produksi Mountain of Light Yusuf Islam

Misi sulit tubuhkan Telco kedua hapuskan monopoli

Sambut Ramadan bersama Yusuf Islam di Dubai Shopping Festival

 

 

Portfolio Tags