Skip to main content
Kolum DEWI - 27 November 2020

Pertahankan amalan berbudi bahasa

 

 

SETIAP individu harus faham apakah maksudnya budaya, budaya bermaksud, nilai, perlakuan, kepercayaan, pegangan, sikap dan adat. Ini juga akan dinyatakan sebagai cara individu itu berfikir dan bertindak, cara memahami realiti, mengenal pasti dan menyelesaikan masalah.

 

Budaya dinyatakan juga sebagai satu cara pemikiran yang telah diprogramkan atau dipengaruhi yang mana ianya membezakan antara satu kelompok individu dengan kelompok individu yang lain. Maka dapat sudah dinyatakan bahawa budaya itu dapat membezakan cara pemikiran dan kepercayaan yang asli dengan budaya yang mempunyai cara pemikiran dan kepercayaan yang telah diprogramkan.

 

Oleh yang demikian, dalam melaksanakan sebarang perubahan, budaya perlu diambil kira dalam apa juga perubahan yang dilakukan di dalam sebuah kumpulan, persatuan, dan organisasi. Ini telah jelas dinyatakan bahawa kefahaman yang tinggi dalam maksud budaya dan kebudayaan dapat memudahkan sebarang perubahan yang dilakukan di dalam kumpulan, persatuan dan organisasi.

 

Ini juga dapat dinyatakan pegangan yang kuat terhadap budaya, penghayatan ke atas budaya mempunyai keistimewaan tersendiri dimana ini juga diperkatakan sebagai kekuatan budaya. Kekuatan budaya ini adalah hasil daripada yang didapati apabila usaha untuk membangunkan dan mengukuhkan etika budaya di dalam masyarakat.

 

Pihak luaran atau masyarakat luar pasti kagum dan menjadikan pengamalan budaya di dalam masyarakat ini seperti tumpuan yang terperinci kepada pengkhusuan amalan budaya masyarakat.

 

Pengkhususan melakukan amalan kerja secara rutin dan berulang dimana pengkhususan tersebut dapat meningkatkan productiviti masyarakat, ini juga dapat memandangkan masyarakat yang turut serta dan terlibat dengan pengeluran yang terbukti kepada peningkatan kemahiran. Dengan penempatan dan penumpuan yang khusus ia boleh memperoleh individu yang berlainan budaya atas kemahiran yang tinggi.

 

Bagaimana pula dengan kos yang terlibat dalam pengeluaran kemahiran individu dikurangkan. Adakah kemahiran individu di dalam sesebuah budaya itu nanti akan berkurangan, tidak cekap dan efisyen, kurang pengetahuan dan individu ini tidak dapat mengikuti peredaran zaman atau trend semasa terkini. Penyataan budaya lapuk dimaksudkan budaya dan amalan yang sudah lama dan masih diguna pakai.

 

Walau bagaimanapun tidak ada budaya yang lapuk tetapi amalan yang lapuk harus difahami di dalam budaya, ia mempunyai penyataan budaya yang akan diamalkan, manakala amalan bermaksud kepada bagaimana masyarakat itu mengamalkan budaya yang sudah sedia sekian lama. Memahami akan cara amalan yang dilaksanakan oleh sesuatu budaya itu dapat dinyatakan sebagai amalan lapuk dan bukannya budaya lapuk.

 

Sebagai contoh budaya berbudi bahasa yang mana ia merujuk kepada tutur kata, kelakuan sopan santun dan tatatertib. Budaya berbudi bahasa itu dapat dirungkaikan kepada ciri-ciri orang berbudi bahasa seperti mempunyai perasaan bertimbang rasa dan perasaan itu merupakan sebahagian kepada sikap terpuji individu yang mengamalkan budaya berbudi bahasa.

 

Contoh budaya berbudi bahasa ini bermula daripada amalan individu sejak berkurun lama, maka amalan yang sudah berkurun lama itu bukannya amalan lapuk. 

 

Mengapa masyarakat sekarang tidak mengamalkan budaya berbudi bahasa yang indah berkelakuan sopan santun dan tatatertib. Adakah kepincangan budaya berbudi bahasa itu terpengaruh daripada cara kehidupan yang lain?

 

Salah satu contoh iaitu cara menyanyikan lagu-lagu dan irama rap berbanding lagu-lagu Melayu lama. Lagu-lagu irama rap mempunyai cara penyampaian seperti mimik muka, cara menari, fesyen baju, irama dan seni kata yang amat tidak sesuai dengan indikator budaya berbudi bahasa iaitu tutur kata, kelakuan sopan santun dan tata tertib.

 

aaa

 

Lagu-lagu dan irama rap ini telah membentuk cara pemakaian fesyen baju, cara bercakap, cara pergaulan. Adakah ini telah mempengaruhi individu yang menjadikan ia sebagai ikutan dan amalan tetapi bagaimana dengan berbudi bahasa dan bagaimana pula amalan berbudi bahasa?

 

Mengapa masyarakat sekarang tidak mengamalkan budaya berbudi bahasa? Adakah persoalan ini berpunca daripada individu yang tidak memahami maksud amalan dan budaya? Adakah masyarakat sekarang telah terpengaruh dengan kehidupan tidak berbudaya dan mempunyai amalan yang bebas? Adakah masyarakat sekarang masih terlalu keliru dengan amalan berbudaya dan masih berpandukan dan mengamalkan budaya masyarakat yang lain?

 

Apabila perbahasan tentang budaya itu ada dalam kalangan masyarakat, ini hanya melihat budaya itu berlingkungan dengan budaya tradisi yang harus dipertahankan, tetapi contoh yang terbukti iaitu bagaimana dengan budaya berbudi bahasa?

 

Mengapa masyarakat sekarang tidak memperdulikan amalan berbudi bahasa? Ibu bapa tidak memainkan peranan dalam mendidik anak-anak mengenai budi bahasa. Mereka lebih mengagungkan budaya dan cara kehidupan di tempat yang tidak faham tentang budaya, sedangkan di Malaysia kita mengamalkan pelbagai budaya.

 

Kemajuan teknologi menjadikan satu lorong besar kepada masyarakat untuk seronok menonton dan mengikuti budaya-budaya yang bukan asalnya budaya kita. Kemajuan teknologi tidak mempedulikan hal budaya berbudi bahasa, maka masyarakat hari ini yang diketuai oleh mereka yang berperanan menyedarkan bahawa kemajuan teknologi moden memang amat diperlukan tetapi budaya berbudi bahasa itu juga perlu dipedulikan.

 

Menghuraikan mengenai penyataan budaya, berbudi bahasa secara tidak langsung akan ditanya apakah peranan pemimpin dalam perubahan budaya, dan apakah yang perlu dilakukan untuk meningkatkan wawasan budaya berbudi bahasa?

 

Pelaksanaan perubahan pengamalan budaya dengan berkesan akan dirujuk kepada pembentukan kefahaman dan keyakinan akan pengekalan berbudaya sesama masyarakat dimana budaya berbudi bahasa itu menjadi salah satu panduan.

 

Untuk tidak menjadikan masyarakat kita kepada miskin budaya berbudi bahasa maka elakkan mempolitikkan pengukuhan budaya dan cantikkan lagi keberkesanan berbudaya dengan membangunkan visi yang jelas terhadap hala tuju pengurusan dan pengamalan budaya terutama sekali budaya berbudi bahasa.

 

Ingat lagi ungkapan lama `Bahasa Jiwa Bangsa', maka perlulah dicantikkan budi bahasa, supaya martabat tidak muntah merata.

 

Dr Dewi Tajuddin adalah Pensyarah Kanan Pengurusan, (Pengkhususan Pengurusan Bakat, Pembangunan Sumber Manusia, Pengurusan Sumber Manusia dan Pengurusan Strategik), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan di UiTM Sabah.

 

 

KOLEKSI DEWI

Betulkah pemimpin itu memang dilahirkan untuk memimpin, atau boleh diasah?

Usahawan wanita perlu peka etika berniaga

BAGAIMANAKAH PRESTASI ANDA BEKERJA DARI RUMAH SEMASA COVID-19 INI?

Kaum hawa semakin tidak beradab?

ADAKAH SAYA FAHAM KEBERKESANAN BAKAT SAYA  DALAM KEHIDUPAN?

Hayati potensi bakat anda : Dari individu kepada institusi

The benefits of knowing your own talent

Understanding `talent' in achieving goals of an organisation

Bakat Kanak-Kanak si penghidu gam kasut

 

 

Portfolio Tags