Skip to main content

Serba Dinamik umum 2 pengarah baharu termasuk dari Bintai Kinden

Noor Azri Noor Azerai menduduki satu daripada dua kerusi pengarah bebas bukan eksekutif (INE) baharu, berkuatkuasa hari ini.

 

 

SHAH ALAM 25 Nov – Serba Dinamik Holdings Bhd mengumumkan pelantikan pengarah Bintai Kinden, Noor Azri Noor Azerai menduduki satu daripada dua kerusi pengarah bebas bukan eksekutif (INE) baharu, berkuatkuasa hari ini, berikutan perletakan jawatan dua INED semalam.

 

Noor Azri Noor Azerai merupakan pengarah eksekutif dan Timbalan CEO Bintai Kinden Corporation Bhd (sejak Mac lalu) dan merupakan INED di NWP Holdings Bhd (sejak bulan lepas).

 

Beliau yang memiliki ijazah di dalam Kewangan Pelaburan dan Risiko dari London Institute of Banking and Finance dilantik bersama Abu Bakar Uzir,  menggantikan pengerusi Datuk Illyas Mohamed dan Johan Mohamed Ishak yang dilantik pada 18 Jun lalu.

 

Menurut pernyataan syarikat kepada Bursa Malaysia, Abu Bakar merupakan pengarah firma  Abbaz Advisory Sdn Bhd. dan memiliki pengalaman luas di dalam banyak bentuk perkhidmatan perakaunan awam termasuk audit, perakaunan, percukaian, kesetiausahaan syarikat, perkhidmatan perunding dan tugasan insolvensi meliputi pelanggan yang pelbagai.

 

bu
        Abu Bakar Uzir

 

Beliau yang memegang ijazah perakaunan dari Universiti Utara Malaysia juga merupakan ejen percukaian di bawah Kementerian Kewangan dan Institut Cukai Bertauliah Malaysia.

 

Selain itu, Abu Bakar juga merupakan Akauntan Bertauliah (CA) di Institut Akauntan Malaysia (MIA), Perancang Kewangan Bertauliah (VFP) Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM) dan kini mengikut program Kesetiausahaan Bertauliah di Institut Kesetiausahaan dan Pentadbir Bertauliah Malaysia (MAICSA).

 

Serba Dinamik kemuka rayuan kepada Bursa Malaysia, jangka keluarkan laporan tahunan sebelum akhir Disember ini

 

Berikutan pelantikan baharu dan perletakan jawatan INED, Serba Dinamik kini memiliki empat INED dengan Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan dinaikkan menjadi pengerusi.
 

Seorang lagi INED, Siti Zaleha Sulaiman akan menduduki jawatankuasa baharu ditubuhkan iaitu audit dan risiko merangkumi Abu Bakar sebagai pengerusi dan pengarah bukan bebas bukan eksekutif, Datuk Abdul Kadier Sahib selain jawatankuasa pencalonan dan ganjaran (NRC) juga merangkumi Noor Azri dan Abdul Kadier. – DagangNews.com